Posts

Showing posts from September, 2013

Tips Hilangkan Mengantuk Dalam Kelas

Hi. Entry kali ni fara nak share tips untuk hilangkan mengantuk dalam kelas. Hopefully dapat membantu anda semua. Tips no 1: Bangun awal di hari kelas. Tak kira selewat mana anda tidur, cuba lah bangun sekurang-kurangnya dua jam sebelum kelas bermula. Bila kita dah memulakan hari kita lebih awal, Insyaallah tubuh dan minda kita lebih alert dan bertenaga. Kalau boleh cuba lakukakan senaman pagi, berjoging atau senamrobik. Paling kurang cuba bersihkan lantai bilik, kemas buku pun dah kira exercise.  Tips no 2:  Ambil sarapan pagi.  Makanan memberi tenaga kepada kita. Tapi elakkan bersarapan dengan makanan berat kerana khuatir boleh menambahkan rasa mengantuk. Cukup sekadar roti atau telur dadar untuk alas perut sebelum ke kelas. Tips no 3: Minum cukup air. Badan kita memerlukan sekurang-kurang 8 gelas air setiap hari. Dalam komposisi air pun terdapat Oksigen yang mana sangat diperlukan oleh otak. Kalau boleh bawa bekal air kosong ke kelas supaya kita kekal alert.  Tips no 4

Tips Belajar Sekiranya Anda Seorang Pemalas Nak Ulangkaji

Rasanya dah sangat lama tak update blog Fara ni. So, hari ni ada masa free sket , fara nak share cara-cara study kalau anda bukan seorang kaki study ( sama lah macam fara) . Okay, sebenarnya dalam belajar kita kena ada teknik, kena ada perancangan yang bijak. Walaupun kita tak study hardcore pun, kita boleh skor , InsyaALLAH. Macam orang putih kata, study smart not study hard. Tips no 1 :   Fokus dalam kelas. Kajian dibuat lebih 70% kejayaan pelajar adalah daripada tumpuan dalam kelas. Kalau boleh cuba aktifkan diri dalam kelas. Dalam kuliah cuba duduk di barisan paling hadapan. Dulu lecturer fara kata, lagi depan lagi berkat, sebab dapat lebih semburan airliur lecturer..hehehe. Okay, bunyi macam over, tapi ada betulnya, sebab bila kita dah faham konsep sesuatu topik, tak perlulah kita revise secara hardcore diasrama/ di rumah. Baru ada gaya budak genius kan? hehe Tips no 2: Tanam sikap cinta subjek. Kalau boleh jangan ada subjek2 yang dibenci. Bermula dengan sukakan cikgu a