Jom Review Blog: Edisi Kedua
Hi, untuk segmen review blog edisi kedua ni, Fara akan review another 5 blogs. Seperti yang Fara mention kat entry review blog edisi pertama sebelum ni, semua blog ni adalah blog yang dah join segmen Fara sebelum ni yang baru je tamat 10 Ogos yang lalu. So, tanpa melengahkan masa, Fara mulakan ya. 1. http://oranglidi13.blogspot.com/ Dengan design blog bertemakan 3 warna iaitu kelabu, hitam dan putih, Fara dapat rasakan owner blog yang dikenali sebagai Orang Lidi ni mempunyai citarasa dan minat yang agak berbeza dari orang lain. Ala2 misteri gitu. Cantik pulak tu design dia. Teringin nak jadi kreatif macam beliau. Pastu bila Fara selidik2 kat ruangan "Siapa Saya?" kat blog ni, Orang Lidi tak bagitau pun jantina dia lelaki ataupun perempuan, tapi naluri Fara berat mengatakan beliau adalah seorang lelaki. Cewah. Mungkin sebab design blog nya kot yang obvious nampak dia macam lelaki. Arghh, tak kira lah, lelaki ke perempuan ke, korang tetap kena tinjau2 blog dia okay?...