Pengalaman dan Tips Belajar di Matrikulasi


Hello, selamat petang semua. Dah minum petang ke belum? Fara kat sini baru pas makan tengahari, makan blinny salmon. :) Okay kali ni Fara nak kongsi pengalaman dan bagi tips sikit untuk adik2 lepasan SPM yang akan sambung pengajian ke peringkat tinggi khususnya ke Matrikulasi. Sebab sebelum Fara sambung degree ke Russia, Fara sebenarnya lepasan matrikulasi jugak tau :) Dulu Fara di Kolej Matrikulasi Negeri 9, di Kuala Pilah Sesi 2011-2012. Aliran Sains. Ada adik2 yang akan sambung ke sana tak? Hello junior!!! Heee. Masa zaman Fara dulu dia bahagikan aliran Sains pada 3 modul. 
  • Modul 1 pure science (Physics,chems, bio, maths) 
  • Modul 2 (physics,chem,maths,computer science)
  • Modul 3(Bio,chem,math,comp science)  
 Okay sekarang nak cerita pasal living style kat matriks. Matriks ni kiranya macam peralihan antara sekolah dengan universiti, macam hybrid la. Senang faham, kita study macam style uni tapi rules lebih kurang macam sekolah. Siap setiap 2 minggu ada perhimpunan lagi tau! Kita cuma dibenarkan outing hari Ahad saja kalau tak silap , tu pun kena pakai baju kurung dan pakaian casual bagi yang lelaki. Semua pelajar disediakan asrama, dulu di KMNS ada 3 blok A B C . Fara blok c. Blok c ni macam  blok kayangan la sebab kena naik bukit. Jauh jalan kalau nak g kelas. Tapi bab makan memang best la, lauk2 kat kafe semua sodap. Haha. First time sebenarnya Fara sampai negeri 9 dan memang pedas la makanan sana. Awal2 start study dalam 2 minggu tu memang ter ceri beri jugak lah. Haha. 

Bab study pulak, sillibus kat matriks memang laju la, kelas (tutorial)1 jam,  pastu kuliah . Dari 8 pagi sampai 5 petang. Selang2 camtu lah. Memang aktif la cara study kat situ. Tapi tak terasa sangat penatnya sebab seronok study kat matriks ni. Kira untung tau kalau dapat masuk matriks ni sebab jimat masa, setahun je , ada juga yang dua tahun, compare dengan kita amik diploma yang selalunya 3 tahun kan.  Okay, nak bagi tips study sikit lah dekat adik2 ya.

PALING penting sekali adik2 kena fokus dan take part dalam kuliah (lecture). Jadi yang paling aktif, lagi bagus. Salin semua lecture note yang lecturer bagi. Masa kat Matriks ni Fara yakin yang korang akan jadi sangat minat dan rajin untuk study, sebab lecturer memang sangat pandai mengajar, mudah faham setiap topik. Confirm korang question, kenapa lah dulu masa kat sekolah susah nak faham Photosynthesis/ Respiration ke apa2 proses lah yang pernah korang study. :) Sebab apa kena fokus dan aktif dalam kuliah, sebab kelas kita dari pagi sampai petang, mesti tak larat nak buat revision, jadi kalau dah faham dari kelas, memang senang la kat bilik tu memang tak payah study! Tapi kalau korang jenis rajin study, memang cun lah. 

Okay adik2, masa kat Matriks ni lah masa nya kena buat elok2, skor tinggi2 tau, sebab matriks ni tiket untuk sambung degree. So, kalau nak sambung course best2 yang korang minat (medic/pharmacy/nursing/engineering etc) memang kena skor tinggi tau.  Macam classmate Fara masa matriks dulu, lelaki lah, first sem dia dapat 3.8 tak silap, 2nd sem 4.0, so total dia dapat 3.9, rezeki dia dapat sambung medic di UMS. Rezeki sebab dia lelaki kot, tak banyak persaingan. Dan macam Fara pula, Alhamdulillah, dengan guna kan result exam Matriks semester satu Fara dapat tawaran Medic kat Russia ni under Tajaan Yayasan Terengganu. Jadi sebab tu lah adik2 kena fight time study ni. Kalau untuk aliran Akaun Fara tak berapa faham sikit lah tapinya lebih kurang sama je lah . Memang boleh apply kan tips yang Fara bagi tu. Hehe.

Oh ya, lupa nak bagitau, memang biasa nya kat kolej selalu ada masalah air, mungkin sebab blok Fara tu atas bukit, memang berbulan2 la takde air, terpaksa angkut dari tangki kat tingkat bawah tu. Panjang sebelah tangan angkut baldi.Haha. Yang lain2 memang takde masalah sangat kat sana. Akhir kata, good luck ya adik2 sekalian :) 



Comments

  1. Wah..akak matrik Negeri 9 ya dulu..saya pon bakal ke situ.. Alhamdulillah dpt blok A.. Thanks share tip kak ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi adik Faezah. my junior la ni ya. Selamat dtg ke KMNS ye hihi. da buat packing barang2 belum? Best la dapat blok A. Memang dekat dengan blok akademik. Goodluck dear

      Delete
  2. Rindulah zaman matriks.. saya dulu matriks selangor batch kedua masuk.. baru ag tapi still kadang2 tu ada gak masalah air.. zaman matriks lah dapat kawan sume best2 n xleh banding dgn mana2 tmpt study.. rasa nak patah balek je :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Hana. betul tu!!! zaman matrix memang best. kawan2 semua best time tu kan :) matrix baru ek, best la, fara dulu rasanya bangunan dah lama je. hahaah... seram pun ada .. tapi kenangan2 study kat situ mmg takleh lupa

      Delete
  3. Replies
    1. Hi Harraz. :) Memang seronok imbas balik kenangan kat sana :)

      Delete
  4. wow u study kat russia! bestnyaaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dulu berapa erk pointer masa dpt tawaran 😍 p Russia

      Delete
  5. Akak , saya spm amik sc . Klu lps spm nk amik acc , susah tak agaknye ?
    Saya dilema la nk pilih sc ke acc . Dua2 saya minat ..

    ReplyDelete
  6. Oo...selepas matrix ad peluang smbumk overseas eh..selain medic kos lain bleh x smbunk overseas..sye lpsan spm..cdng nk msuk matrix.

    ReplyDelete
  7. Oo...selepas matrix ad peluang smbumk overseas eh..selain medic kos lain bleh x smbunk overseas..sye lpsan spm..cdng nk msuk matrix.

    ReplyDelete
  8. Akak , physic ni mmg dia ajar menyeluruh ke utk pure science mcm skolah menengah dulu . Or dia lebih kepada bio chem ? Sbb saya bio chem ok physic kurang (takut la tak leh nk carry physic pastu xleh score pointer) 😭😭😭

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Akak, saya dapat matriks perak. Andai kata saya dpt result cemerlang nanti, bolehkan saya dpt kos pertanian time nak mohon upu tu?

    ReplyDelete
  11. Akak, saya dapat matriks perak. Andai kata saya dpt result cemerlang nanti, bolehkan saya dpt kos pertanian time nak mohon upu tu?

    ReplyDelete
  12. mcm mana akak dapat gi russia eh? saya nak sambung medic, akak final pointer berapa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya penghantaran pelajar perubatan ke russia adalah menggunakan agensi. Yang saya guna dahulu ialah MedicED. Pointer asal lepas 3.50 dah okay.

      Delete
  13. Asslmkm,akak ada x org yg spm dia biasa2 ja tp final pointer dia awesome,mcm mana diorg study?struggle ke?just nk jadikan pendorong

    ReplyDelete
  14. actualy tak yah struggle sangat pun. just buat benda yang patut, and dont do the things yang melalai kan (like couple haha). tips~ tak faham terus find somebody and get it clear. sbb matrik study dia cepat.

    ReplyDelete
  15. Assalam, kak sya dpt fiz bio c+, kim c, addmth d ad pluang x nk msuk modul 1?

    ReplyDelete
  16. Salam sya nk tnya klu fzk and bio b+, chem c+ addmath b and maths a,Agak2 ada chance tk nk masuk matriks ni? Im a bit nervous!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  17. saya dpt kmns. tapi orang kata belajar kt matriks susah sbb yelah kan, kena struggle banyak. betul ke?

    ReplyDelete
  18. Hai.nak tanya kejap yg berpengalaman.saya hilang resit pin yg saya beli dkt bsn tu.resit tu penting ke?.boleh bgi senarai dokumen yg pejabat matriks tu minta(mohon senarai dokumen tu brdasarkan apa yg awak serahkan dulu).harap balas dgn cpt.email saya nizamishak15@gmail.com

    ReplyDelete
  19. hai nk tanya course matrik di ploma setahun je ye..selepas tu baru blh apply degree di universiti mana2..kiranya dia skip setahun dri u lain ye

    ReplyDelete
  20. hai nk tanya course matrik di ploma setahun je ye..selepas tu baru blh apply degree di universiti mana2..kiranya dia skip setahun dri u lain ye

    ReplyDelete
  21. Salam sis.. saya nak minta jasa baik sis.. boleh ke sis share lecture note matrikulasi?
    Harap sis dapat membantu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Give And Take

Tips kebah demam orang Russia

How To Score A+ in English Without Being A Good Speaker