Tips Kulit Cantik yang Jimat Belanja

Hello, dah lama rasanya tak update pasal beauty tips.Pendapat sikit la, Fara kurang percaya pada supplement tambahan untuk kecantikan kulit, putihkan kulit dan sebagainya. Sebab bagi Fara, produk2 macam tu cuma untuk tujuan bisnes saja la, keberkesanan dia masih tidak pasti. Lagipun makanan tambahan ni ada side effect dia yang mana bila kita guna dia dalam satu jangka masa yang agak panjang, badan kita akan build tolerance pada produk tu, so bila kita stop consume, badan kita jadi makin teruk dan lemah. Lebih kurang macam dadah dah ni. Hehe. Dan lagi satu, makanan tambahan ni kita ambik, dia masuk dalam badan kita, tiba2 tengok kulit jadi putih dah.  Agak2 boleh bayang tak macam mana organ dalaman kita, sebab kulit tu lapisan paling luar dah tu, yang dalam mesti dapat effect jugak. Huhuhu. Seeloknya kalau nak beli produk tambahan kecantikan tu, kena rujuk pakar dulu ya :) 

Kali ni Fara nak berkongsi tips dengan kawan2 cara2 nak mendapatkan kulit yang mulus gebus gebas tapi jimat kos. Okay, Fara mulakan dengan tips ya. Mula2 sekali kita kena kenalpasti jenis kulit kita. Kulit kering, berminyak, normal atau kombinasi? Sebab setiap jenis kulit ni cenderung sensitif pada keadaan yang berbeza, dan cara penjagaan pun berbeza. 

 Kulit kering 
Fara punya kulit jenis ni lah, kering sangat2 especially kat bahagian pipi dan dahi, tambah2 kalau musim sejuk, memang moisture semua dah hilang. Actually nak jaga kulit yang kering ni sangat la jimat dan mudah.

1.JANGAN GUNA PENCUCI MUKA
 Nampak tak penjimatan di situ. Seriously, jangan terpedaya dengan iklan produk pencuci muka yang kata bagus untuk kulit kering, sebab memang makin kering je nanti kulit tu. Habis macam mana nak bersihkan kulit kalau tak leh guna pencuci muka, Fara? Okay, sebaliknya korang boleh just cuci dengan air bersih atau boleh gunakan baby oil/olive oil sapu sikit pada tisu atau cotton pad, and sapu kat bahagian muka, untuk hilangkan kesan mekap atau kotoran. Lepas dah bersih, korang boleh la sapukan toner kalau ada, kalau takde terus skip ke step seterusnya iaitu moisturizer(pelembap). Ni step wajib la, sebab kulit kering memang sangat2 perlukan pelembab ni,boleh jugak gunakan body lotion macam Johnson Baby, Nivea atau Vaseline pada kulit muka. Lepas tu baru lah boleh nak apply mekap atau bedak :)

2. SKRUB DAN MASK 2 KALI SEMINGGU
 okay terpulang pada kawan2 nak guna skrub jenama apa, semua boleh diguna pakai, tapi seeloknya gunakan skrub yang khas untuk kulit kering. Yang dia tulis untuk hydration/moisturize/radiant, semua boleh digunakan untuk kulit kering. Nak lagi jimat, buat mask muka sendiri, antara idea yang boleh kawan2 cuba di rumah :
  • yoghurt+timun yang dihancurkan
  • gula+olive oil/baby oil/beauty oil+sedikit pencuci muka(any type)

letak pada muka kita yang kering dan bersih, biarkan dalam 10min, cuci dengan air suam. Memang lembut :) 

3. GUNA BAKING SODA SEBELUM TIDUR 
Soda bagus sebab boleh exfoliate kulit kita, boleh buang kulit2 kering dan kulit mati. 
Cara dia, sebelum tidur amik serbuk baking soda , campurkan dengan air, sampai dapat konsistensi macam pes. Pastu lumur seluruh muka, biarkan selama 60 saat , kemudian bilas. Korang bangun pagi esok konfirm muka korang akan keluarkan lembapan dan minyak, dan jadi lembut :) Buat sekali seminggu je okay.

 Kulit Berminyak
Actually kalau balik Malaysia kulit Fara agak berminyak jugak lah. Jenis kulit ni agak leceh sikit la kalau nak jaga. Tapi kena disiplin kan diri baru lah kulit jadi better. Okay, selalunya kulit berminyak ni akan follow dengan jerawat lah, memang sedih kan kalau jerawat tumbuh, tapi jangan malu kalau ada jerawat, sebab bukan salah korang pun dia nak tumbuh. Hihi. Actually untuk kulit jenis ni, Fara taknak promote cara2 cuci muka sangat la, cuma kena pastikan produk tu dia tulis "oil free" baru korang beli ya.  Tapi Fara nak bagi tips gaya hidup yang mungkin boleh korang amalkan. 

1. Elakkan makanan yang berkolestrol, berminyak dan berlemak tinggi

2. Elakkan makanan banyak gula sebab gula boleh tukar jadi lemak, nanti muka bertambah minyak. 

3. Amik banyak fruits and vege , especially yang tinggi antioxidants macam berries sebab makanan orang kita memang banyak yang macam Fara mention kat atas tu kan, jadi kena balance.

4. Stay hydrated, maknanya kena banyak minum air, so boleh flush out toksin2 dalam badan , pastu bagi kulit kita hydrated dan sihat

5. Jangan sentuh muka dengan tangan kotor. This one sangat penting, please please please jangan sentuh muka, kalau nak sentuh pun guna lah tisu bersih okay atau sebaiknya cuci tangan dulu baru boleh sentuh kulit muka. 

6. Elakkan rambut berjuntaian kena muka. Tak kisah lah korang minat style rambut apa, tapi please jangan bagi rambut terjuntai kat muka. Memang sensitif sangat effectnya, naik jerawat tau. Jadi please kemaskan rambut korang, guna cekak atau sepit rambut supaya tak kena kulit muka

7. Elakkan stress. Stress ni punca banyak penyakit termasuk lah jerawat. So, jangan stress atau badmood lama2 ya.

8. Tidur yang cukup. Tidur bukan je boleh bagi kita restore tenaga dan memori, malah baik untuk kulit

Terima kasih sudi baca, harap2 korang dapat lah input berguna dari entry Fara ni . Hehe 





Comments

  1. Nice entry... at least reader boleh refer to the tips... :)

    ReplyDelete
  2. maafler.. tapi part minum air tu tak dapat nak buat sbb mmg xsuke minum air...xkire la air mineral ke air manis ke.. minum air lepas makan je..selain tu sangat jarang.. dahtu minum bukan air mineral..sbb slalu pindah2 kelas n mesti tertinggal botol air dalam mana2 kelas.. sedih sedih :'(.. memang sampai bebile lah akan ada masalah kulit n kesihatan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. yeke.. takpe2, bila time betul2 haus nanti cuba banyakkan kuantiti air tu :) hihi cute je botol air tertinggal. fara pulak tak pernah ade botol air, minum dari rumah je, kalau haus mesti singgah kedai beli. haha membazir plak kan

      Delete
  3. Ziarah malam salam ukhuwah dari INDONESIA.

    ReplyDelete
  4. zz nak try baking soda tu.. hehe.. nnt nk p cri..jgn housemate zz terkjut tgok muka zz mcm tepuk gomak sudah..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ZZ kulit kering jugak ek mcm Fara. orait2. selamat mencuba tau ;)

      Delete
  5. Fatin kulit combination, tapi lately kat pipi asyik kering.. rasa kasar semacam je.. hehe. nanti boleh try tips ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fatin :) Okay, silakan cuba ya hihi :)

      Delete
  6. muka kita jenis cepat berminyak.. nice sharing..

    p/s: first time datang sini. selamat berkenalan (:

    ReplyDelete
  7. hi Izzati amira,... selamat berkenalan jugak :) hihi... smoga tips ni berguna ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Give And Take

Tips kebah demam orang Russia

How To Score A+ in English Without Being A Good Speaker