Kita Masih Beruntung


Hi, selamat petang dan salam hujung minggu semua. Fara percaya setiap orang mesti pernah mengalami fasa hidup yang mana kita rasa diri kita paling malang. Fasa di mana kita seolah-olah menyalahkan takdir dan ketentuan dari Dia. Kita suka buat perbandingan diri kita dengan orang2 terdekat yang kita nampak macam lagi best hidup dia dari kita. Kadang-kadang kita akan pencilkan diri kita sorang2 sebab rasa diri kita ni tak setanding orang lain, dan kita rasa kita punya masalah lah yang paling besar dalam dunia ni. Okay, perasaan tu memang normal dalam hati semua manusia, ya lah kita manusia, kadang2 kita kuat dan sering saja kita lemah. Lagi2 bila diuji dengan masalah yang kita tak dapat selesaikan dengan cara yang mudah, mulalah kita nak menyalahkan nasib. 

There's no such thing like 'nasib malang' atau 'nasib baik'. Semua berlaku dengan reason tersendiri yang mana cepat atau lambat je kita sedar impak dia. Itu saja bezanya. Jadi caranya untuk kita ubah sikap menyalahkan takdir ni adalah dengan tanam sikap bersyukur. Very simple word tapi makna dia dalam. Fara still ingat lecturer Fara pernah bagitau "Gratitude is the key". Bila Fara fikir2 balik kata2 dia, memang betul pun, apa saja yang berlaku pada kita setiap hari, mesti berbalik pada bersyukur atau tak bersyukurkah kita. Sebabnya bermula dengan sikap bersyukur ni lah baru kita jadi lebih ikhlas nak buat sesuatu pekerjaan, atau nak berbakti pada orang lain. Okay, contoh Fara bagi, agak cliche tapi senang korang nak faham. Kita sebagai rakyat Malaysia, jadi kalau kita ada rasa bersyukur dengan apa yang kita dah kecapi selepas kemerdekaan, dengan kemegahan menara pencakar langit, dengan keamanan dan keselesaan kita hidup tanpa ada gangguan orang luar dan sebagainya, dah tentu kita akan berusaha untuk kekalkan keindahan ni. Sebaliknya kalau kita seorang yang tak bersyukur, kita cuma tahu merungut walhal tak menyumbang apa2 pada negara. But sadly politik Malaysia sekarang pon tak berapa stabil dah kan?  Okay tu salah satu contoh lah, banyak lagi contoh lain dari aspek lain.

Selain itu kalau kita rasa macam nasib kita paling malang dan hidup kita paling susah, cuba kita compare diri kita dengan orang lagi susah dari kita. Jangan compare dengan orang lagi senang, diorang senang sebab diorang usaha, bukan sebab nasib diorang baik. Okay, Fara bagi contoh yang terjadi pada diri Fara sendiri, my parents divorce since I was 8 years old, almost 14 years ago lah kan. Fara boleh dikatakan memang tak rapat langsung dengan abah Fara, so selalu rasa macam tak cukup kasih sayang dari seorang bapa. Tapi bila Fara fikir balik, Fara lagi beruntung sebab parents Fara dua2 masih hidup masih sihat, masih hensem dan cantik, compare pulak dengan orang yang dah kematian ibu bapa. Diorang lagi lah sedih kan. Even ada yang tak pernah kenal mak ayah diorang sebab dah meninggal sejak diorang kecik. 

Lagi Fara nak tambah, kita manusia memang hidup ni berselang seli pahit manisnya. Ada masa Tuhan bagi kita rasa semua kemanisan, pastu sekelip mata je dia jatuhkan kita dan begitu juga sebaliknya. Jadi peringatan di sini kita jangan lah terlalu gembira atau sombong bila kita tengah senang, sebab semua tu boleh ditarik balik bila2 je kalau Dia nak. Dan kalau kita selalu susah pula, dari kecil tak pernah rasa hidup senang, jangan pula kita merungut atau berputus asa, taknak teruskan hidup, taknak berusaha, sebab yang manis tu akan kita temui jua nanti. Dan yang paling penting, kita guna kan lah akal kita dengan sebaiknya tak kira susah atau senang, jangan sebab terdesak kita buat benda2 tak sepatutnya, nanti bukan makin senang malah makin sesak. Huhu. Oh ya, antara tips yang Fara amalkan kalau tengah berduka adalah 
  • Tarik nafas dalam2, jangan terlalu overthinking, sebab boleh makan diri kita sendiri nanti
  • Seeloknya mandi kalau kita dah terlalu stress, tak pun tidur sebab bila minda kita penat memang kita cenderung nak fikir bukan2, padahal lepas dah mandi tu okay je kita buat keputusan
  • Kalau kita sedih, cakap macam ni kat diri sendiri "I'm just having a bad day, tomorrow I'll be better"
Okay, itu saja dari Fara, harap2 dapat melegakan hati kawan2 kalau tengah mengalami fasa pahit dalam hidup, sebab bukan anda saja yang bermasalah, tapi semua orang, even binatang pon ada masalah. Tak caya tengok video ni. Hehe. Tata 




                         

Comments

  1. exactly.. biasalah hidup ada ups and down. i kalau stress i layan music. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear :) bagus nya dia pandai kawal stress ;)

      Delete
  2. a very good entry, fara. pandainya susun kata dan ayat ek, so jadi sedap baca entry ni haha. apa2 pun Mario setuju lah. this entry could be cliche but most of the people have forgotten about it. so memang kena remind setiap hari sebenarnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Mario. :) Fara cuma tulis apa yang terlintas kat fikiran Fara je. Lagi satu Fara memang suka beri pendapat, dan dengar pendapat orang juga. Betul tu, memang cliche tapi susah nak buat kan. heee

      Delete
  3. first time singgah sini sbb baca ur comment kat blog mario! hahaha!

    suka post ni, somehow remind me utk taklupa bersyukur. maklumlah, kita ni manusia selalu lupa, so kdg kdg tu terlupa nak bersyukur. nice oneeeeeee so keep posting <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello my dear, Sya! Thanks singgah my blog and komen entri Fara :) exactly darling, memang selalu sangat lupa, Fara sendiri pun selalu sangat putus asa, padahal semua benda berlaku tu ada hikmah dia, tapi selalu lupa

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips kebah demam orang Russia

Give And Take

How To Score A+ in English Without Being A Good Speaker