4 Sebab Kenapa Masih Single


Hi, kali ni Fara nak bincang topik cinta. Kalau ikut zaman sekarang yang serba canggih teknologi hujung jari ni memang sangat mudah untuk kita berkenalan dengan sesiapa saja, tapi kenapa masih ramai lelaki atau perempuan yang kahwin lambat. So, first sekali reason paling abadi memang lah sebab tu ketentuan dari Allah S.W.T juga. Tapi tak salah juga kalau ktia berusaha nak mencari kan? Hihi. Actually Fara tulis ni bukan lah sebab Fara nak kawin, apatah lagi pernah ada pengalaman kahwin, tidak sama sekali, I masih bujang okay? Cuma Fara ada ramai kawan dari pelbagai golongan umur, ramai yang belum kahwin lagi, jadi masa kitorang sembang, Fara dapat la buat kesimpulan sikit2 macam kat bawah ni. Baca okay? :)

1. Anggap pasangan sebagai bebanan
Ni memang antara alasan paling tepat especially orang2 moden sekarang. Diorang rasa ada pasangan tu akan bagi tekanan dan beri beban pada mereka. Ya lah, nak kena jaga perasaan orang, kan susah pastu nak kena sara isteri pula, kalau ada anak nanti nak cari duit lebih nak tanggung anak pula. Jadi diorang end up nak kumpul duit banyak2 dulu, happy2 enjoy diri sendiri dulu pastu baru start nak cari pasangan. Pastu kan ada yang tak serius dalam cinta, diorang mindset yang bercinta ni lama2 putus jugak, baik takyah sayang lebih2. Tapi Fara nak tanya, dah kalau korang rasa korang confirm putus, so kenapa korang bercinta? Pelik. Bahaya bila kita dah meningkat usia, dah tak ramai orang sebaya kita yang bujang macam kita, so end up kawin dengan orang lagi muda la. Hehe. But if you don't mind, it should be no problem ;) 

2. Terpengaruh dengan pengalaman pahit orang lain
Spesis paranoid memang telah wujud di muka bumi sejak 120 juta tahun dahulu dan masih hidup sehingga kini. Hehe, spesis tu adalah manusia lah. Kadang2 kita terlalu takut sampai tak berani nak mulakan sesuatu. Ada antara kita yang takut nak kawin sebab takut kalau bercerai. Well, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Ada kaitan ke eh? Ok sebenarnya tak de benda kat dunia ni yang smooth dan mudah, lagi2 kalau bab kawin. Memang perlu banyak pengorbanan,tolak ansur, memahami antara satu sama lain, so yang perlu ditakuti sekarang bukan penceraian tu tapi sikap kita. Selagi sikap kita yang keras kepala, takde tanggungjawab pada diri sendiri dan tak peka pada orang sekeliling selagi tu la benda2 buruk selepas nikah tu akan berlaku. Jadi, sama2 kita beringat untuk jadi lagi baik okay? 

3. Mindset perkahwinan sebagai medium menumpang/ berkongsi kekayaan
Ni mungkin bukan semua orang la, tapi mostly kot macam gini. Jenis nak cari yang sama taraf (konon). Anak datuk kawin dengan anak datuk, kerja besar kawin dengan orang kerja besar, drama melayu sangat korang ni eh? Haha. Tapi kalau dah jodoh memang lah kan, cuma kalau ada yang jenis mindset nak kawin mesti dengan lelaki yang kaya, yang mampu sara keluarga sampai tujuh keturunan tu , harap2 korang bertaubat lah sebab harta tak bawak masuk kubur. Haha, kasarnya bahasa aku. But seriously, sebab benda ni terjadi kat keluarga sendiri, mula2 bercinta bagai nak rak, siap bertunang, pastu tiba2 keluarga ubah fikiran suruh kahwin anak dia dengan orang kerja kerajaan. Apakah??? Fara tak tau lah apa yang ada dalam fikiran pakcik makcik or even anak dia sendiri sampai bagi alasan macam tu. Sepatutnya bersyukur sangat2 sebab ada orang sudi terima anak kita sebagai isteri, lagi2 zaman moden ni, tak ramai yang still jaga batas2 kan. So, elok lah kalau anak kita tu nak kawin cepat. 

4. Tak dapat lupakan bekas kekasih
Kes kronik ni selalu terjadi kat kaum adam la, lelaki kan kalau dah sayang orang tu memang dia sayang betul2. Berbeza dengan perempuan, perempuan ni hati cepat sangat berubah termasuk lah Fara sendiri. Tapi kadang2 Fara kesian jugak dekat lelaki macam ni, sanggup tak kawin sebab setia padahal bekas kekasih dia tu dah siap nikah kawin ada anak sampai 3 orang. Kuat kuasa cinta tu kan bagi lelaki. But please please please, kalau ada among reader kat sini yang jenis cinta mati, korang tolong la jangan seksa diri. Fara tak faham langsung sikap korang macam ni, kenapa seksa diri pada orang yang tak hargai cinta kita tu. Penantian yang korang buat tu sangat la sia2, sebab dia dah jadi hak orang lain pun. Apa salahnya, buka hati tu untuk orang lain, or even tak bercinta sama macam dulu, tapi sekurang2 nya ada teman, lama2 mesti kita sayang jugak dekat orang baru tu.  Hidup ni kita kena adapt dengan benda baru, kalau kita tak boleh carry on jugak, at least fikir untuk diri kita, sampai bila nak terus meratapi kekasih lama yang dah buat tahik kat kita. 

Apa2 pun semua berbalik pada ketentuan dari dia jugak kan. Tapi kita kena check jugak diri kita, kat mana salah kita sebab kalau kita tak kawin nanti sunyi lah. Masa muda mudi 20an 30an ni mungkin kita rasa seronok hidup single, tak banyak tekanan, jimat duit, tak dikongkong, tapi bayangkan bila dah makin tua, bila jiwa kita mulai makin sensitif, masa tu confirm2 kita rasa sedih dan menyesal tak mulakan langkah pertama ni. :)

Comments

  1. Salam Fara :) entry ni best, tapi ada beberapa benda sy nk beg to differ :) keep an open minded ya.

    1. yes, agree. ramai yg berfikiran macam ni, kononnya couple ni membebankan. so don't. go ahead terus risik, tunang or dont bother, terus nikah kalau dah dua2 suka sama suka

    2. satu je ayat sesuai dgn org mcm ni, pengecut. Perkahwinan dalam Islam tu mudah, adat resam, budaya org Melayu yg tokok tambah jadi rumit dan susah. *setuju?

    3. yg ni kelakar tang nak kawen dgn anak kerja kerajaan. dapat apa pun? funny. *no futher comment.

    4. ni lagi satu masalah. Ala2 backstories. ada yg trauma fobia dengan cinta, tp kita kena respect their privacy,they needed time and space. and doakanlah agar terbukak hati dorg utk menerima org baru dlm hidup. and..ehem (butthurt) bukan lelaki je ok. perempuan pun equal in numbers dlm cinta mati ni. tak percaya? bukak paper. haha. dey ol need some time. tu je.

    and tu je nak komen. haha :) tq Fara. nice entry btw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Anas, ya memang setuju cakap Anas especially pasal diorang perlukan masa. People say "let the time heals the pain" kan. Actually memang betul, but setahun dua okay kot, kalau merana lama2 tu yang Fara macam tak faham. Just kena kuatkan semangat dan buka hati tu untuk orang baru ;) Thanks sudi bagi pandangan

      Delete
    2. setuju dengan Anasyg . kalau dah sama-sama suka, masuk meminang terus. tapi yang jadi masalah sekarang, bila parents tak kasi kahwin lagi.. fuuhhh, berat tu. kes nak jaga hati orang lain, takut org kampung or orang sekeliling pikir macam-macam. kebanyakan orang suka ikutkan adat sgt berbanding agama. padahal nak kahwin tu senang je. rezeki tu semua Allah janji akan gandakan lagi lepas kahwin :)

      Delete
    3. exactly Fatin, alhamdulillah kita still waras dalam pemikiran dalam bab2 macam ni. harap2 di saaat kita nak kawin nanti takde la masalah2 macam ni berlaku

      Delete
  2. As for me, certain peopl,e single, sebab diorang dah malas nak bercinta nih, sebab yelah kadang kadang acam buang mas apon ada jugak. tapi depends on people la .hee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul jugak kan, lain orang lain reason

      Delete
  3. how with you fara? are you single? hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Give And Take

Tips kebah demam orang Russia

How To Score A+ in English Without Being A Good Speaker