Benarkah Air Dicincang Takkan Putus?


Pepatah mengatakan air dicincang takkan putus, seutuh molekul-molekul air, begitu lah jua utuhnya hubungan persaudaraan dan kekeluargaan. Keluarga, adik-beradik, insan-insan pertama yang kita kenali sejak dari kelahiran kita. Insan yang paling akrab, paling memahami diri kita, mengetahui segala kelebihan dan kelemahan kita, insan yang menerima kita di saat susah ataupun senang. Antara hubungan cinta yang paling azali dalam hidup kita. Tapi mampukah kita mengekalkan momentum cinta dalam keluarga? Humm.Semakin menginjak dewasa, bila semakin ramai orang asing yang kita kenal, kita semakin kurang akrab dengan keluarga. Lebih-lebih lagi bila kita dah dewasa dan berjaya, kita mula lupa membalas jasa keluarga kita dan ibu bapa. Humm. Terutama sekali dalam urusan cinta, haha. Bak lirik lagu apa entah, "hilang keluarga, hilang saudara".... Duhhh! 

Tega kita buang keluarga yang dah lama bersama kita demi insan yang baru sahaja muncul dalam hidup kita dan belum tentu lagi ikhlas menerima kita tatkala kita dah tumbang dan tak berada di atas? Sekuat mana pun cinta kita pada orang asing, jangan melupakan keluarga kita, jangan putuskan hubungan kekeluargaan. Pesanan buat diri sendiri juga, kalau dah berjaya jangan berfikir untuk menyenangkan orang lain di tempat pertama, utamakan keluarga, mereka yang sentiasa bersusah untuk jadikan kita berjaya. Pendek kata, jangan sombong bila dah berjaya. 

p/s : Bosan juga cuti lama2 tapi tak kuar sangat sebab tak reti drive sendiri. Hehe. 

Comments

  1. ya kak farah, sometimes i hate the fact that we've to grow up and blablaa... adik beradik will get married and then ada keluarga seniri then dah kurg rapat sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan dear, actually kak fara rasa lagi happy bila akak2 n abang kak fara ada pasangan hidup tapi kalau boleh kena still keep in touch, kalau menjarakkan diri memang sedih kan

      Delete
  2. Exactly. Toxic is toxic. Umm. Sadly sometimes we cant easily get rid them from our life, it's either they are still rely on you or you still need them.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Give And Take

Tips kebah demam orang Russia

How To Score A+ in English Without Being A Good Speaker