Still In Raya Mood

Hello, walaupun hari ni dah masuk syawal ke 14 tapi mood raya still menyala. Mungkin sebab minggu pertama raya tak berapa meriah. Ye lah balik kampung cuma 2 hari saja pastu kena balik KL dah sebab akak dah kena kerja raya ke3 tu. Nak update sket aktiviti Fara sepanjang minggu kedua raya ni. Macam biasa kalau cuti sem Fara memang lepak rumah je jaga anak buah Fara yang umur 6 tahun tu. 

Bangun pagi dalam pukul 7 Fara akan masakkan sarapan untuk ibu, adik dan anak buah. Pas dah breakfast tergolek2 lah Fara atas sofa or atas katil mengadap enpon. Punya lah bosan sebab Fara memang "patah kaki" sebab tak tau drive, tak tau bawak motor, naik public transport pulak Fara takut. Yang Fara tau cuma jalan kaki je tapi ibu pulak tak kasi Fara jalan sorang2. Haha. 

Okay minggu ni macam kurang bosan sebab akak kerap jugak bawak kuar, jalan2 kat Tesco je pon tapi okay la tak la tersumbat sangat. Pastu dua hari lepas kitorang pergi makan kat Subang, tapi terkena restoran tak sedap la pulak. Memang rasa dia Nauzubillah tak pernah jumpa kedai yang tak sedap macam tu. Hahaha. Order tomyam rasa asam pedas tu pun lada tak masak. Agak2 lah kalau tak reti masak jangan meniaga okay. 


Waited for 40 mins for food and almost cried for the bad taste.

Semalam pulak Fara dengan dua orang akak pergi pasaraya beli barang untuk buat satay. Banyak ayam dia beli berkilo2 hihihi. Otw balik rumah tu akak bawak gi uptown Damansara sebab Fara dah lama mengidam Yong Tau Foo. Craving satisfied walaupun kuah nya extra pedas which is I don't like. Pastu environment yang ramai orang yang buatkan Fara jadi lemas dan jugak kehadiran jantan2 tak guna yang suka hisap vape di khalayak ramai. Sorry to say but I think those who smoke in public is rude. Dah la asap berkebuk2 macam ekzos lori. Massive turn off! 

Got lots of choices, from fishballs, sausages to  brocolli and kangkung. 


Nyum2 total ni Rm27. Not bad lah kot tapi sos dia pedas sangat lah. Tsskkkkkk... 

Okay pas dah balik kitorang mulakan operasi membuat satay dimulakan dengan cuci ayam dan daging, pastu potong , pastu perap pastu cucuk satay sampai tangan Fara habis kuning dek kesan kunyit tu. Tido malam tadi pun pukul 3.30 pagi camtu. 

Uwargghhhhh... pastu pukul 8 pagi dah kena bakar. Teruskan operasi membakar sampai pedih2 mata. Sob3. Begitulah pengorbanan seorang peniaga satay. Actually satay tu untuk jamuan office akak, Fara just tolong dia buat je. Total dalam 350 cucuk beserta kuah kacang, timun, bawang dan nasi himpit. Yang selebihnya tu buat makan kami kat rumah. 

During the cucuk mencucuk process

Okay itu saja nak story, camne dengan korang punye minggu ke dua raya. Still meriah ataupun korang dah tak dalam mood dah?Kongsi2 lah kat ruangan komen tu ya ;) 

Comments

  1. sedapnya yong tau foo tuuuu.n sate tu,seriously rajinnya buat.
    mengidam pulak tengok gambar kat atas.

    n btw,people who smoke in front of other people n get the environment so smoky, is so unscrupulous manners.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih. memang sedap kan dear, Fara memang dah wish lama nak makan yong tau foo tu. alhamdulillah semalam dapat jugak makan. hee. aah memang suka take part dalam pembuatan sate kalau hari raya ;) emm, betul kan, tak suka sangat tengok asap2, mesti fara rasa nak mengamuk on the spot. haha

      Delete
  2. Awak meniaga satay ke? Byk tu 350 cucuk..jenuh nk mmbakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tak de la meniaga pon, tapi kadang2 kalau ada kawan2 mintak tempahan, boleh la kitorang amik upah sikit2 :) aah banyak, gak, tapi bila buat ramai2 rasa seronok je ;)

      Delete
  3. Yong tau foo! All time favorite. =D

    ReplyDelete
  4. Yong tau foo! Sedapnya! Satay pun sedap jugak. Adoiiii semua sedap lah. Hahaha terliur pulak tengok makanan-makanan tu. Btw, setuju dengan Fara pasal orang smoke dan hisap vape ni. Rude gila kot. Tempat public kot. Pergi la hisap kat tempat lain kan. Ganggu ketenteraman orang lain je :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi memang delicious malicious sangat hihihi. Aah kan Fatin. Fara memang bengang je kalau tengok asap berkepul2 rasa nak sepak je muka orang yang hisap tu. Lagi2 vape sebab asap dia banyak sgt menyampah je tengok.

      Delete
  5. Sedapnya satay tu ya Allah. Ngidam pulak rasa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Sory dah buat di ngidam. Jangan lupa gi makan eh dear

      Delete
  6. yong tau fu memang superb..fara xsuka pedas ek.. saya suka pedas hihi..

    Satay.. hoihoi,,, sedapnya bak lah skett

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyum3 memang superb. Aah tak tahan pedas kalau makan berair hidung mengalir air mata. Hihihi. Nah amik la sate :p

      Delete
  7. Ya Allah satayyyy, favorite nih, rajin nya buat sampai 300 ++ cucuk, kalau iyliana buat kang tersilap cucuk jari sendiri dah rasa XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiihii. Fara memang suka bab2 masak2 ni. Lagipun satay mmg sedap apa saje sanggup kulakukan demi perut terisi. Ahaha

      Delete
  8. dah lama tak jejak kaki kat uptown damansara... memang kalau pergi sana makan tu la.. teringin betul ..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sedap kan yong tau foo. fara baru 2 kali pergi uptown sana, fara segan sikit tempat2 yang ramai org

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips kebah demam orang Russia

Give And Take

How To Score A+ in English Without Being A Good Speaker