Kisah Anggur Hitam



Anggur hitam tanpa biji, antara buah yang menjadi kegemaran Fara selain pomegranate dan grapefruit. Sangat refreshing manis, rangup. Anggur hitam ni juga buah kegemaran arwah abah Fara. Sejak parents Fara bercerai, kitorang adik beradik dibesarkan oleh ibu, tapi abah hari2 datang jenguk kami, bawak balik makanan sebab rumah abah tak jauh pon dari rumah kitorang, jarak dalam 10kilometer saja. Sejak diorang bercerai tu jugak la Fara stop bercakap dengan abah, selagi dia tak tanya apa2, Fara memang tak kan bercakap dengan dia. Sampai la Fara besar, kuat sangat ego Fara ni sebenarnya kalau Fara rasa orang tu ada buat salah dengan Fara, Fara akan stop bercakap dengan dia.

Mungkin sebab marah kenapa dia tinggalkan ibu yang dah setia bersusah senang dengan dia. Tapi Fara tahu abah seorang yang sangat bertanggungjawab dia sanggup buat apa jua kerja untuk pastikan kitorang makan. Serius, arwah sangat2 rajin, kitorang bukan orang senang jadi sejak kecil Selain bekerja sebagai attendant hospital, Fara tengok macam2 side income yang abah buat. Pernah cuci botol sama2 dengan ibu, cari dan jual besi buruk, jual buah, baiki tv, radio, barangan eletrik. 

Masa kali pertama Fara dapat panggilan dari pihak penaja mengatakan Fara dapat fly ke Russia untuk buat medic, abah lah orang yang paling happy, sebab dia memang nak sangat Fara jadi doktor. Adik beradik yang lain semua engineer, so Fara je la yang ikut jejak dia masuk medical field. Right after dapat call tu abah ajak Fara pergi supermarket, masih terngiang lagi betapa ceria nya wajah dia, dia hadiahkan Fara anggur hitam tu. Betapa bangga nya dia bila ada anak dia yang dapat jadi doktor nanti.

 Dan dia sangat harap Fara dapat bekerja di hospital Kemaman, tempat kerja dia jugak. Tapi sebenarnya Fara memang taknak kerja kat Kemaman. Hahaha. One thing about abah, dia tak pernah marah anak2. Kalau dia sedih ke susah ke semua nya dia pendam sorang2. Lepas arwah meninggal, kitorang sekeluarga jumpa dengan kawan baik abah, dia pun bercerita yang arwah kalau ada masalah akan menyendiri, duduk kat tempat sunyi sikit, pastu berfikir sorang2. Ya Allah, masa dengar tu rasa sedih sangat. Kalaulah Fara ada keupayaan dan kemampuan untuk bantu abah dalam semua masalah dia. 

Dia jenis yang tak banyak bercakap sangat, tapi sangat2 helpful walaupun orang selalu ambik kesempatan pada dia. Dan dia lah yang ajar Fara untuk buat baik dengan semua orang, bantu orang walaupun orang tu layan kita jahat sekalipun. Dia tak pernah ungkapkan benda tu, tapi Fara belajar dari perbuatan dia. Benarlah yang Allah maha melihat, setiap perbuatan kita akan dinilai, jangan kerana orang buat jahat, kita nak turut sama jadi jahat, tak boleh macam tu kan. 

Dah lebih 2 bulan arwah pergi, Fara harap dapat bertemu arwah lagi di syurga nanti. Maafkan segala dosa Rah ya abah. Nanti kita jumpa nanti, dan Rah sedekahkan pahala2 yang Rah ada untuk abah.
 I miss you so much.


Comments

  1. KDC Dental Academy is the Rotary endodontic courses in India is situated in Bangalore.
    Implant dentistry course

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips kebah demam orang Russia

Give And Take

How To Score A+ in English Without Being A Good Speaker