Kylie Jenner lips tutorial (personal preference)

Hello semua! Sekarang tengah hangat trend bibir mungil ala2 Kylie Jenner kan. ;) So Fara nak kongsi tips nak dapatkan bibir yang penuh dan mungil. 


Langkah 1. Scrub dan exfoliate bibir 

  • Sapukan lip balm pada bibir
  • Pastu, buat campuran gula dan sedikit olive oil. Lumur pada bibir tu. Gosok perlahan2 di seluruh bibir. Teruskan kira2 60 saat.
  • Ambik tisu bersih atau tuala bersih, rendamkan dalam air suam dan perlahan2 bersihkan sisa2 scrub campuran gula tadi tu.
Kebaikan scrub ni adalah kita dapat buang kulit2 kering di bibir dan melembutkan bibir :)  Boleh buat seminggu sekali atau dua kali. 

Langkah 2. Mulakan solekan dengan lip liner

Untuk dapatkan bibir yang kelihatan penuh, penggunaan lip liner ( pensel bibir) sangat diperlukan. 
Warna yang digunakan adalah warna2 lembut , nude dan mauve. So, secret recipe di sini adalah, sebelum mulakan solekan bibir, sapukan sedikit bronzer (atau boleh guna eyeshadow warna dark brown di bibir bawah(tapi bukan pada bibir ya, sapu di bawah bibir bawah di bahagian tengah) Nanti korang akan nampak hasil 3 dimensi bibir yang mungil. 

Mulakan melukis bibir mula dari bibir bawah. Kalau bibir anda nipis, boleh la lukis luar sikit dari kawasan bibir asal, kalau bibir dah semulajadi tebal, sila lukis di atas garisan bibir sedia ada. Pastu penuhkan seluruh bibir dengan lip liner.

Langkah 3. Guna lipstick warna nude/mauve

Dah pilih warna yang sesuai, apply lipstick di atas bibir ikut lukisan bibir tadi. untuk penampilan ni Fara guna lipstick Revlon Colorstay Ultimate Suede "Catwalk" shade no 065. Colour dia sangat cantik, brownish red. 
Langkah 4. Sapu lip gloss/ lipstick nude
Untuk tambahkan kemungilan bibir anda, sapu kan sedikit lip gloss atau lipstick nude di tengah2 bibir untuk hasil 3 dimensi 

Selamat mencuba ya :) 





Comments

Popular posts from this blog

Give And Take

Tips kebah demam orang Russia

The Best Redlipsticks