Posts

Showing posts from May, 2015

Give And Take

Image
Hello, salam hujung minggu pada semua kawan2. Diharap hujung minggu anda berkualiti :) Hari ni Fara nak bincang pasal topik "give and take" atau kalau kita translate dalam bahasa melayu "memberi dan menerima"  Frasa yang sangat mudah disebut tetapi tak ramai yang faham erti dia. Give and take ni sebenarnya kunci sesuatu hubungan atau persahabatan. Kenapa Fara cakap kunci, sebab kalau takde give and take ni, satu hubungan dan persahabatan takkan kekal lama.Indahnya adat orang kita, dari kecil kita diajar peribahasa "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Yang membawa maksud, apabila orang memberi atau membuat kebaikan kepada kita, kita kena pandai berterima kasih. Dan cara berterima kasih tu bukan saja dengan mengucap terima kasih, malah ada banyak lagi bentuk yang boleh tunjukkan penghargaan kita pada diorang. Dalam perhubungan atau persahabatan, masing2 kena menjadi tangan yang menghulur, bukan hanya sekadar menerima. Fitrah manus...

Sistem Exam Berbeza+ Belajar Untuk Ilmu

Image
Hi, selamat petang semua, have a good rest ya. Sini makin panas la, berpeluh2 dalam kelas, memang insecure habis la takut badan berbau. >_< Kulit pun makin hitam, balik kampung nanti silap2 ibu pun tak cam Fara sebab dah makin gelap. hihi  Okay, tadi Fara baru abes satu test, subjek Microbiology, 2 soalan je kena jawab. Tak satisfy pon dengan performance Fara tadi. Okay, sekadar berkongsi, sistem peperiksaan di Russia tak sama macam di negara kita. Di sini, setiap orang perlu cabut satu tiket soalan, kiranya setiap orang dapat soalan berbeza. Dan mostly test berbentuk lisan, dapat soalan kita ada masa dalam 20 minit untuk prepare kemudian lecturer panggil dan kena jawab soalan. Susah kan? Semua nya bergantung pada nasib kalau exam di sini. Haih. Bayangkan, kita diberi list soalan (paling sikit 150 soalan kalau final exam), so kita kena study semua tu, dan hari exam kita cabut tiket dan tengok la mana soalan yang kita dapat. Lecturer marking on the spot ...

Tips Kulit Cantik yang Jimat Belanja

Hello, dah lama rasanya tak update pasal beauty tips.Pendapat sikit la, Fara kurang percaya pada supplement tambahan untuk kecantikan kulit, putihkan kulit dan sebagainya. Sebab bagi Fara, produk2 macam tu cuma untuk tujuan bisnes saja la, keberkesanan dia masih tidak pasti. Lagipun makanan tambahan ni ada side effect dia yang mana bila kita guna dia dalam satu jangka masa yang agak panjang, badan kita akan build tolerance pada produk tu, so bila kita stop consume, badan kita jadi makin teruk dan lemah. Lebih kurang macam dadah dah ni. Hehe. Dan lagi satu, makanan tambahan ni kita ambik, dia masuk dalam badan kita, tiba2 tengok kulit jadi putih dah.  Agak2 boleh bayang tak macam mana organ dalaman kita, sebab kulit tu lapisan paling luar dah tu, yang dalam mesti dapat effect jugak. Huhuhu. Seeloknya kalau nak beli produk tambahan kecantikan tu, kena rujuk pakar dulu ya :)  Kali ni Fara nak berkongsi tips dengan kawan2 cara2 nak mendapatkan kulit yang mulus gebus gebas ta...

An Evening In Volga River

Image
Hello semua. Buat pe tu, berkira2 nak tidur dah ek? Tunggu dulu, baca entri dulu. hihi. Nak cerita sikit apa Fara buat hujung minggu yang panas ni. Wuhoo. Kali pertama rasanya Fara nak update pasal aktiviti luar yang Fara buat. Hehe. Cuma santai petang je dengan housemate Fara. Tadi kami picnic dekat dengan Volga River.  Pernah dengar tak? Sungai terpanjang di benua Eropah, 3692 kilometer panjangnya. Sungai ni mengalir merentasi beberapa  buah bandar ( negeri) di Russia, dari centre Russia sampai Caspian Sea. Terima kasih Google. HEHE. Seronok jugak picnic sebab panas tapi angin kuat. Suhu sekarang 31 degree celcius. Memang berpeluh2 ketiak. Tadi picnic just bawak makanan ringan dengan fruits je. Bawak pancake, oranges dan bananas je.  Tu pun lupa nak snap gambar haha. Ohh, lupa. Kitorang beli aiskrim kat kedai dekat2 situ tapi tak abeskan pon sebab cepat sangat cair nya.  Lepas makan kitorang turun dekat dengan river bank dan celup2 kaki dalam sung...

Pengalaman dan Tips Belajar di Matrikulasi

Image
Hello, selamat petang semua. Dah minum petang ke belum? Fara kat sini baru pas makan tengahari, makan blinny salmon. :) Okay kali ni Fara nak kongsi pengalaman dan bagi tips sikit untuk adik2 lepasan SPM yang akan sambung pengajian ke peringkat tinggi khususnya ke Matrikulasi. Sebab sebelum Fara sambung degree ke Russia, Fara sebenarnya lepasan matrikulasi jugak tau :) Dulu Fara di Kolej Matrikulasi Negeri 9, di Kuala Pilah Sesi 2011-2012. Aliran Sains. Ada adik2 yang akan sambung ke sana tak? Hello junior!!! Heee. Masa zaman Fara dulu dia bahagikan aliran Sains pada 3 modul.  Modul 1 pure science (Physics,chems, bio, maths)  Modul 2 (physics,chem,maths,computer science) Modul 3(Bio,chem,math,comp science)     Okay sekarang nak cerita pasal living style kat matriks. Matriks ni kiranya macam peralihan antara sekolah dengan universiti, macam hybrid la. Senang faham, kita study macam style uni tapi rules lebih kurang macam sekolah. Siap setiap 2 mingg...

Yakin Pada Diri

Image
2 tahun lepas, ada seorang senior Fara tanya, "Fara, akak tak faham, macam mana you boleh jadi se confident sekarang, yeah , you know, peer pressure, trend zaman sekarang?" Agak2 korang faham tak maksud dia, dia try nak merendah-rendahkan Fara actually, dia nak kata macam mana boleh jadi yakin, sedangkan Fara ni tak cantik, tak slim. Sebab Fara suka letak nickname macam "Beauty Queen/ Queen". So, dia macam pelik la, tak cantik tapi apehal yakin diri sangat. Okay, seriously kelakar sangat bila orang tanya soalan tu. So, here Fara nak jawab soalan akak tu, in case kalau ada jugak di kalangan korang yang mindset sama macam kakak tu.  1. Apa yang bagus di mata korang, tak semestinya bagus di mata orang lain. Okay, kalau korang rasa slim body is the best body, just go on with your opinion. But, no need to criticize others. Logically, kalau semua orang taste sama, rasanya tak de kot korang kat dunia ni, mungkin manusia pun pupus tak pun separuh je populasi man...

Hanya Yang Punya Cinta Kan Rasa

Image
Hi semua, selamat petang. Petang ni rasa macam nak update pasal cinta pula. Semalam baca 2 entri kawan2 yang bercerita tentang cinta, jadi Fara nak bagi pendapat dan berkongsi pengalaman Fara juga tentang ni :) Kalau diukur dari usia 22 tahun, mana mungkin Fara ada banyak pengalaman tentang ni. Tapi Fara banyak belajar dari orang2 sekeliling, termasuk keluarga Fara sendiri.  Ni pendapat peribadi Fara ya. Cinta bermaksud kita ada dua perasaan pada seseorang; sayang dan nafsu. Maka bila ada dua2 perasaan ni pada seseorang, maka dia lah orang yang kita cinta. Mungkin salah, mungkin betul ya. Sayang dalam aspek cinta ni bukan sayang yang ringan, tapi sayang yang dalam disulam kan dengan rindu apabila berjauhan. Di tambah pula dengan fikiran yang selalu teringat2 tentang dia, semua benda dia buat semua nampak comel, nampak sweet. Kadang2 senyum sorang2 bila teringat gelagat dia. Haaa. Ada tak ciri2 macam Fara cakap ni, maknanya korang dilamun cinta la tu. :) Jujur Fara m...

Rahsia Zaman Sekolah

Hi, selamat petang semua. Korang tengah buat apa tu? Makan malam ek? Bestnya, dapat masak, hari ni kat tempat Fara satu district takde air, sampai lah tengah hari esok, 2 hari tak mandi la jawabnya. huhuhu... seksa sungguh kalau kena macam ni, haru betul tambah2 kalau tengah period kan. Okay, hari ni Fara nak berkongsi pengalaman yang Fara rasa agak peribadi untuk dikongsi, tapi seronok juga bila dapat bercerita kan, mana tahu kot2 korang pun ada pengalaman yang sama macam Fara. Emm, ceritanya adalah Fara ni berperwatakan lebih tua (matang kot) daripada usia sebenar, umur Fara tahun ni kalau bulan 9, genap lah 22 tahun. Masih muda kan? Hehe. Perasan.  Sebenarnya dulu masa zaman sekolah Fara memang happy go lucky, sangat bising dan aktif, sehinggalah masuk form 4, Fara jadi senyap dan suka menyendiri. Mungkin masa tu sebab tengah peralihan antara zaman kanak2 dengan zaman remaja jadinya Fara lebih banyak berfikir dan memerhati. Fara dari zaman tu memang sangat2 lah merendah dir...

Study Oversea Tak Best

Image
Hi semua. Hari ni rasa macam super malas, even sekarang pun Fara belum mandi lagi, hehe. Tapi rajin pula nak menaip entri.  Entri kali ni Fara saja nak berkongsi suka duka sepanjang Fara study di bumi asing Russia ni. Fara percaya rata-rata orang akan cakap study luar ni seronok dan fun. Even Fara sendiri pun sebelum ditawarkan study kat sini, memang Fara bayangkan semuanya indah. Tapi sebenarnya lepas dah alami sendiri, dah datang sini, memang Fara kadang2 kalau ikutkan hati rasa nak give up je. Haih. Tapi dah 3 tahun berlalu, half way to go. Tinggal lagi baki 3 tahun untuk complete, so nak tak nak memang kena lalui dan habiskan jugak.  1.First of all, Fara nak kawan2 semua ubah persepsi yang study di luar      negara ni fun dan lebih sosial.  Mesti korang bayang kitorang bergaul mesra berparti dengan omputeh2 kat sini. Haha. Dalam mimpi la, sebab diorang punya lah sombong. Kalau nak tengok diorang tegur kita cuma pada hari2 diorang ada fe...

Salahkah jadi Introvert?

Image
Hi, selamat petang semua. Di Russia sekarang masih siang walaupun dah hampir pukul 7 malam. Sekarang musim bunga kat sini :) Well, nak cerita sikit pasal diri Fara yang sebenarnya seorang introvert (suka menyendiri, self-oriented person). Tadi dalam kelas Hygiene kitorang buat Psychology untuk tahu introvert atau extrovert seseorang tu. Fara memang dapat introvert. Memang nyata lagi terang pon. Hehe. Fara memang jenis suka menyendiri, tak suka kuar rumah/bilik, tak suka jalan2, tak suka travel, tak suka orang bising2. Banyak lah benda yang Fara tak suka. Tapi, Fara tak membenci orang2 yang easy going aka extrovert malah rasa kagum, macam mana lah diorang boleh jadi sangat open, sangat easy going. Cuma kadang2  ada di kalangan orang yang tak memahami perbezaan orang lain, situasi macam ni memang tak patut ada lah. Ada orang suka Milo, ada yang suka Vico. Setiap orang berbeza kan? Kadang2 orang tak faham kita, dia akan persoalkan kenapa kita macam ni, kenapa tak nak ikut di...

Turun 2kg Dalam Seminggu?

Hello semua. Tajuk entri kali ni sebenarnya tak berapa berkaitan dengan apa yang Fara nak ceritakan. Tapi memang betul2 berlaku pada Fara sejak minggu lepas. Bukan sebab diet ke apa. Cuma biasa lah dah ujung semester ni duit scholar pun dah abes, jadi kena ikat perut la. Semua nya sebab salah sendiri yang tak reti manage kewangan, dan sikap terlalu pemurah pada orang lain. Haha.  Al kisahnya bila dah ikat perut ni, tak de stok barang dapur pun, yang ada cuma serbuk potato untuk buat mash potato, telur dan tauhu je. Ayam , ikan , sardin memang langsung tak de. Macam2 cara kreatif la Fara cuba masak untuk survive. Pergh, gila tak, daripada seorang yang selera makan selalu ada ni, terpaksa ikat perut. Memang naya kan? huhu... Okay antara menu2 ciptaan Fara untuk survive adalah mi+air+kicap+tauhu+garam+gula tepung+air+garam, goreng dengan butter sebab minyak tak beli, makan dengan gula mash potato goreng yang last2 jadi leper macam kertas pasir.. hihihi...  ...

Maturity Comes First

Hello semua. Hee.. Aci tak nak post pasal cinta sikit. Selalu orang bagi pilihan, rupa atau harta? Bagi Fara dua2 tak penting, yang penting lelaki tu kena matang dan banyak pengalaman hidup. :) Rupa yang cantik, segak memang tak kekal lama, sama juga dengan harta, jadi Fara lagi suka pilih pengalaman. Sebagai perempuan yang masih muda, Fara akui memang jiwa ni orang kata meronta2 la. konon2 nak mencari diri yang sebenar sampai kadang2 buat benda2 yang tak sepatutnya dibuat. Jadi dengan itu, fara rasa eloklah cari pasangan ( lelaki) yang lebih matang dan berpengalaman.  Seronok, bila kita ada masalah dengan kawan ke, family ke, dia sentiasa bagi nasihat2 yang bernas dan berguna pada kita. Sebab apa? Sebab dia dah lalui banyak benda dalam hidup.  Berbeza kalau kita berkawan dengan lelaki sebaya, kadang2 sakit kepala dengan kerenah diorang. Sikit2 merajuk, sikit2 ejek2 perli2. Konon2 nye nak gurau2 manja la tu. ***bitch please. Maybe they are just not my cup of tea. Tapi b...

Photo Gallery

Image
Hi, here are some of my photos captured in Volgograd, Russia in different seasons. I'm not a photogenic person, so don't expect for a good pose from me. Haha.