Give And Take


Hello, salam hujung minggu pada semua kawan2. Diharap hujung minggu anda berkualiti :) Hari ni Fara nak bincang pasal topik "give and take" atau kalau kita translate dalam bahasa melayu "memberi dan menerima" Frasa yang sangat mudah disebut tetapi tak ramai yang faham erti dia. Give and take ni sebenarnya kunci sesuatu hubungan atau persahabatan. Kenapa Fara cakap kunci, sebab kalau takde give and take ni, satu hubungan dan persahabatan takkan kekal lama.Indahnya adat orang kita, dari kecil kita diajar peribahasa "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Yang membawa maksud, apabila orang memberi atau membuat kebaikan kepada kita, kita kena pandai berterima kasih. Dan cara berterima kasih tu bukan saja dengan mengucap terima kasih, malah ada banyak lagi bentuk yang boleh tunjukkan penghargaan kita pada diorang. Dalam perhubungan atau persahabatan, masing2 kena menjadi tangan yang menghulur, bukan hanya sekadar menerima. Fitrah manusia, ingin dihargai. Maka, setiap perbuatan baik yang orang buat, kita kena balas dengan perkara yang baik jugak. Memang kita tak disuruh berbuat baik semata2 untuk mendapatkan ganjaran, tapi sebagai orang yang menerima, kita kena balas kebaikan orang pada kita. Betul tak?

Dalam perhubungan,kita kena selalu menghargai pasangan kita, bila dia bantu kita buat sesuatu yang kita tak mampu, kita cuba balas pada dia benda yang kita mampu. Pastu biarlah perasaan tu dikongsi bersama, sayang tu biar lah bersambut. Jangan cuma sebelah pihak saja yang bersungguh2 sayang, tapi yang sebelah lagi cuma amik kesempatan. Kiranya takde give and take kalau macam tu, lama2 hubungan tu putus macam tu je. Dalam persahabatan pula, katakanlah kita duduk satu rumah atau satu bilik dengan kawan, sharing is caring tu perkara biasa. Kiranya kalau hari ni kawan kita masak untuk kita, esok kita pulak masak.  Pastu bila berlaku apa2 masalah pada kawan kita, hari ni kita tolong dia, esok dia tolong kita pulak. Benda ni kira common sense lah.Tapi rata2 kita termasuk Fara sendiri selalu tak beringat, sampai satu tahap kawan2 kita kecik hati dengan kita, pastu mula lah cakap2 belakang dan sebagainya. 

Okay, korang pernah tak ada kawan yang sangat pasif dalam komuniti kawan2, pasif yang bermaksud dia suka hidup dalam dunia dia je. Bila berlaku apa2, dia cenderung mengharap bantuan orang lain, dan dia takde balas pun perbuatan baik kawan2 dia. Huhu. Parah orang macam ni, kalau tak bendung dari sekarang, nanti terbawa2 sampai ke alam pekerjaan dan rumah tangga tau. Jadi kalau korang ada sikap macam ni please please please ubah dari sekarang, sebab effectnya mungkin sampai tua kamu tak ada pasangan dan sahabat yang kekal.Apa pendapat korang tentang topik ni, dan korang ada tak apa2 pengalaman dengan kawan atau pasangan yang tak tau memberi ni. Kongsi lah dengan Fara kat ruangan komen ya :) Terima kasih.




Comments

  1. Betul.. zz ada sorang kwn yang dia selalu ambil part take je.. lama2 macam parah la kalau asyik dok amek part take je kan.. tapi alhamdulillah yang dia lama2 berubah sikit2 so skrg ni dah fair..ada give and take. Hidup ni mmg kena ada dua2.. tak banyak sikit pun jadi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai kan yang ada sikap macam tu. nasib baik lah kawan ZZ dah berubah, kalau tak memang boleh rosakkan persahatan hummm...

      Delete
  2. hye fara saya setuju sangat ape yang di bincangkan... dan kawan yang pasif memang wujud pun dalam zaman skrang malah mcm makin ramai... sy ada jugak kawan mcmni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab setuju sis :) humm mmg ramai kan... harap2 kita tak de sikap tu dlm diri kita

      Delete
    2. In Shaa Allah moga2 kita di jauhkan...

      Delete
  3. paling malaih nak layan manusia yang suka ambik part take je, give tak mau. sakitnya tuh di sini. kita kadang nak jadi part take ja pun rasa serba salah. dia tanpa perasaaan. hahaha emosi ko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. humm btul tu. orang camni xde human sense kan... ahaha...

      Delete
  4. Fatin paling ramai kawan yang jenis suka take ni.. give tak nak pun. hehe macam menyampah pun ada. eh tak, memang menyampah pun. tapi sebagai seorang kawan yg baik, Fatin diamkan je. Tengok sejauh mana diorang boleh pergi dengan perangai macam tu. serious geram. hehe. rasa diri sendiri suka sangat susahkan diri sendiri semata-mata nak tolong orang lain. diorang tanpa perasaan tak hulur apa-apa pun, cakap terima kasih pun berat mulut tu nak luahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm terima kasih Fatin sudi komen. Adui.. sadly memang ramai orang macam gini kan. kita nak tegur tak sampai hati, tapi kalau dibiarkan memang menyakitkan hati.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips kebah demam orang Russia

The Best Redlipsticks