Makanan Tradisi Masyarakat Russia
Hi, Assalamualaikum, selamat petang semua. Sambil Fara tunggu waktu berbuka ni, Fara nak berkongsi tentang jenis2 makanan yang terdapat di Russia. Makanan kat sini memang mostly unik dan rasa makanan tu tak seperti yang kita semua bayangkan dari rupa bentuk dia. Hehe. Okay, sebelum tu nak cerita yang orang Russia ni jenis tak makan satu makanan tu dalam kuantiti yang banyak, tapi sekali makan diorang akan makan macam2 jenis makanan. Contohnya, setiap kali makan mesti ada satu sup, satu roti, satu salad, satu kek, lebih kurang camtu la. Dan kat sini diorang tak suka makan lewat2 malam berat2 macam orang kita, restoran , kedai mamak bukak 24 hours (that's why I love Malaysia because we don't have rule haha). Tapi satu je lah masalah orang Russia, mungkin omputeh negara lain pun sama kot, diorang kuat minum sangat. Kalau naik flight dapat seat sebelah diorang memang kalau kira lebih 5 kali diorang mintak beer dari stewardess. Minum alkohol ni tak bagus tau , sebab tu Islam pun larang, macam2 penyakit datang nanti. Okay Fara mulakan ya :)
1. Borscht
So, ni lah rupa borscht tu, (sebutan dia borsh) Kira macam sup sayur la, main ingredient dia Beetroot iaitu sejenis ubi yang warna merah purple. Pastu yang putih tu rasanya mayonis ataupun sourcream. Not bad lah rasa dia, some sort of healthy food.
2. Salad Seld (herring)
Yang pertama ni diorang panggil Salad "Seld" yang bermaksud ikan seld (herring fish). Ikan ni mentah2 je dia cincang halus2, campur dengan beetroot, cheese, and mayonis .
3. Salad Mimoza
Yang ni salad mimoza, dia campur ikan ngan carrot kot, pastu ada cheese dan telur rebus.
4. Salad Olivie
Ni salad tradisi orang dia, selalu dimasak waktu perayaan diorang, dalam ni ad potato, carrot, kacang peas kot pastu dia letak daging takpun sosej. Sementara tunggu detik tahun baru tu masing2 berkumpul kat meja dan makan salad ni dan ada lagi juadah2 lain.
5. Meat Jelly
This one the most disturbing food yang pernah Fara tengok kot. Haha. Bayangkan sup daging kita campur jelly dan jadi macam agar2. Selalu diorang masak masa festival New Year dan Christmas .
6. Blini (pancake)
Blini ni makanan yang famous dan sedap la kat sini, kiranya pancake/lempeng atau crepe. Macam2 perisa boleh letak, daripada jem strawberry, chocolate, nuttela, hingga lah isi salmon dengan sos dan jugak telur salmon macam kat gambar kat atas ni.
6. Kotleti
Kotleti ataupun lebih kurang homemade burger ni ada macam2 jenis, sebenarnya tak pernah makan pon benda ni. Haha, tapi ni makanan favourite diorang kalau dinner.
7. Cheburek
Cheburek ni kalau tengok bentuk memang lebih kurang dengan karipap kan, tapi saiz giant. Dalam dia ada inti daging and ayam, rasa dia lebih kurang macam karipap sambal ikan kalau kat Malaysia.
8. Pelmeni (dumplings)
Pelmeni kat sini ada macam2 perisa, daripada mushroom, potato, seafood , ayam, daging , ada jugak buah buahan seperti raspberry, blueberry and cherry
Ada macam2 jenis makanan lagi tau kawan2, korang boleh lah google cari Russian food kot2 nak try resepi dia kan. Fara sebenarnya tak berapa minat la menu2 diorang, prefer masakan Malaysia lagi la.
Malaysia oh syurga makanan. Hihi
terliur tgk salad olivie tu :)
ReplyDeletehihi, cuba la nanti yien buat :)
Deletehidup masakan melayu! :3
ReplyDeletehehe hidup!!
Deletemudah ke nk cari restoren n makanan halal kat sana fara?
ReplyDeletekat tempat fara ade satu je Ena kedai halal.. tapi kalau ayam halal tu senang je nak dapat kat pasaraya :)
DeleteKalau citra rasa? apakah sama dengan masakan yang sudah familiar dengan lidah bangsa malay?
ReplyDeletememang tak sama rasa dia, kurang enak, lidah mau makan nasi saja. haha
Deletedalam banyak banyak ni meat jelly la kot paling tak boleh diterima tekak. tapi betul cakap fara. memang malaysia syurga makanan.. paling dirindui haruslah nasi lemak, roti canai. kalau una jadi fara la :D
ReplyDeletehaha, btul tu una, fara geli je tengok jelly daging tu. macam tak sesuai je masak macam tu kan. tapi diorang cakap sedap sangat. haha. memang rindu sangat2, lagi seminggu je ni nak mamam semua. nyum2
Deletesy biasa makan makanan czech masa musim krismas, sebab diorang akan jual kat kiosk kecil2 kat christmas market. tapi payah jugak, sbb banyak yg ada daging dalam makanan diorang T_T kedai yg halal, biasanya non-czech.
ReplyDeletehanisamanina.com
Hanis, Fara jarang makan Russian food ni kecuali roti2 dan salad diorang je. hihi. kalau kedai halal kat town fara tu cuma ada 1 je. tu pun agak jauh dari centre
ReplyDelete