Tragedi Buah Epal

Hi kawan2, selamat petang dari bumi Soviet ni. Fara nak cerita sikit lah kejadian yang menimpa Fara tadi semasa Fara tengah membeli tomato and capsicum kat supermarket sebab nak masak nasi ayam. Alkisahnya, masa Fara tengah belek2 harga sayur tu, tiba2 pakcik kat sebelah yang tengah pilih buah epal tu tergolekkan sebiji epal, epal tu jatuh kat lantai betul2 dekat dengan Fara. So, Fara cuba la nak bantu dia kutip buah tu, tapi pada masa yang sama kat tangan Fara ada cermin mata Fara. Masa nak kutip buah tu, tiba2 spec tu macam nak terlucut pulak dari tangan Fara, so buah epal yang Fara dah berjaya kutip tu Fara terbaling semula ke lantai. Aduiiiiii!! Malunya. (Sambil taip sambil tergelak teringat pasal ni) Dah la agak ramai orang masa tu. Pakcik tu terus gosok2 lengan Fara dia cakap takpe2 sebab Fara cakap sorry kat dia. Memang malu betul masa tu, siap Fara tutup muka lagi dengan dua2 tangan. Hehehe. Apalah Fara ni kan. Kutip epal pun boleh terlepas. Pastu pakcik2 kat situ semua gelak tapi bukan mengejek la, diorang terhibur kot tengok aksi membaling epal yang Fara buat tu. Wuhooo. Tiba2 rasa macam clown pulak kat situ tadi. Tapi kalau jadi clown pun mungkin permaisuri clown sebab comel. Ahaks. 

Okay, moral of the story, masa beli barang tu cermin mata pakai la kat mata, dah tau mata tu rabun, takpun jangan la pegang apa2 kat tangan takut tercicir, kang tak pasal2 semua orang jadi badut macam Fara tadi. Pastu, siapa2 yang ada sikap clumsy macam Fara, korang tak keseorangan sebab hampir setiap hari ada je masalah2 macam gini yang terjadi kat Fara. Adui, camne nak ubah dah memang in blood agaknya. Hehe. Tapi lepas ni jangan pulak korang serik nak menolong orang, sebab niat yang baik tu dah cukup bagus. Orang yang ringan tulang biasa nya disenangi ramai, kalau yang berat tulang pula cuma disukai anjing sebab anjing kan suka makan tulang. (Booooooo, lame Fara)  Tiba2 teringat kat peribahasa seperti tikus membaiki labu, agak2 ada kaitan tak dengan kes Fara? Haha. Korang ada peristiwa2 memalukan macam Fara ni tak, kalau ada komen la ya, nanti boleh Fara baca. :) 

Comments

  1. tegelak jgk baca! haha nasib bukan spek yg jatuh :D tula sama, sya pun jenis rabun tp jenis malas nakpakai spek, selalu spek pegang atau letak dlm bag, kalau perlu je baru pakai, mmg cari masalah betul hahaha.

    sya penah alami satu peristiwa ni, mirip dgn incident yg jd kat kak fara, tlg ambik duit syiling tp tak tejatuh balik la :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa. memang geng lah kita. Akak dari kecik sampai besar memang clumsy. tak pernah berubah. Tapi takpe, clumsy is comel kan. Hihih

      Delete
  2. queen clown pun boleh yea fara! at least terhibur jugak pakcik2 kat situ. ehehehe
    orang rabun ni memang suka pakai spec kat tangan agaknya, sebab hazy pun sama!! pastu tunggu masa je spec hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.memang terhibur diorang semalam fara dah jd clown. Hazy. Seramnya kalau spec hilang, nak buat spec mau kena korek tabung pulak.. woooo

      Delete
  3. hehehe.. sabar jerlah... tapi xpe awak jadikan hari org lain bahagia... ^-^v

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi. thanks dear. Memang kelakar kalau teringat balik.

      Delete
  4. So u r studying in Russia ? woaaaahhh *GREAT + applause
    hehehe...Kak Fara , I've followed ur another blog ... yang sweetsourtheworld tu and ,, comel sangat !!~ ^___^
    BTW , MY BIRTHDAY IS ON 11/7 AND YOURS ON 10/7 ehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear, thanks follow akak ya. Aah, akak kat russia skrg :)
      Anyway, blog tu bukan akak punye, mungkin sebab nama sama kot :)

      Delete
  5. hehehe. youre so funny and so so cute.

    ReplyDelete
  6. Bestnya ... u r very lucky ~!!!
    Kak Fara ,nanti ada free time , plss share ur stories in Russia .., I really want to study abroad , actually...
    Like my parents did T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alright dear, nanti akak tulis entry pasal tu ya :) goodluck dearrrr

      Delete
  7. best tak study kat rusia? selalu dengar org study uk, australia. study kat rusia ni mcm rare sikit. mesti lama lama u boleh speak ala ala rusian kan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Rare ek? Tu lah, Fara pun tak pernah terfikir yang Fara akan belajar kat sini. hihi. Bercakap bahasa dia tu boleh lah sikit2, beginner je. Hihi.

      Delete
  8. hi Fara, akak baru nak kenal2 blog Fara ni. :)Jangan lupa jengah ke blog akak ye. Link akak tinggalkan di chat box

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi kakak. :) terima kasih singgah. okay, nak singgah blog akak pulak ;)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Give And Take

Tips kebah demam orang Russia

The Best Redlipsticks