Terlalu Penat Punca Doktor Kemalangan Maut


Hi, selamat petang. Tadi masa Fara scroll Facebook, terbaca status dari senior Fara yang sekarang ni dah jadi HO. Tertarik dengan status dia sebab ada kaitan dengan seorang HO dan seorang MO yang meninggal kemalangan lepas pulang dari oncall. Dikatakan punca kemalangan sebab terlalu penat. Ulasan dari Menteri Kesihatan seperti petikan dari akhbar Sinar Harian ni seperti tak relevan. Fara nak share apa yang Dr. Ahmed senior Fara ni tulis. Serius rasa macam takut nak hadapi zaman bekerja, tapi harap2 semuanya dipermudahkan. 

"Walaupun ianya berita tahun lepas, namun, hingga kelmarin dalam tahun ini, sudah ada 2 orang doktor (seorang House Officer & seorang Medical Officer) yang meninggal dunia akibat kemalangan selepas oncall (kerja >24 jam secara berterusan)

Inilah hakikatnya, pekerjaan yang seringkali dicaci dihina oleh semua orang.
1. Doktor lembap
2. Doktor tak ada perasaan
3. Doktor tak pandai mengutamakan pesakit demam berbanding pesakit kemalangan.
4. Doktor sombong
5. Doktor tidur saja tau
6. Doktor dibayar gaji buta.

Bukan nak komen itu sahaja, tapi boleh kata sebenarnya gaji doktor sekarang sudah tidaklah lumayan mana. Hanya mampu untuk menyara keluarga cukup makan sahaja.

Kami bekerja seminggu seperti berikut:
Hari biasa: 7pagi-6/7malam
Hari minggu: 7pagi-12/1ptg
Bertugas oncall: 1-2kali seminggu (bergantung pada bilangan doktor yang ada dihospital)
Jadinya, bilangan jam kami bertugas seminggu seperti berikut:
Tiada oncall: 65-75jam seminggu
1 kali oncall: 78-83jam seminggu
2 kali oncall: 81-86jam seminggu

Gaji kami? RM4200 sebulan. Agaknya berapa sahaja gaji kami sejam?
Kira2, dalam RM48-58/jam

Saya pernah bekerja sebagai seorang guru ganti disekolah rendah. Gajinya biasa-biasa sahaja. RM1800/bulan. Kerjanya lebih kurang 45jam seminggu (jika ditambah meeting, ataupun kokurikulum, ataupun aktiviti lain). Gaji sejam lebih kurang RM40-45/jam.
Tapi, mampu tunaikan hak diri untuk mandi, ke tandas (hajat kecil dan besar), makan tepat pada waktunya, dan lain-lain.

Gaji doktor lebih lumayan??
Fikir-fikirkanlah..

Kami bersengkang mata menahan tidur semata-mata untuk merawat ibu, bapa, anak-anak anda. 
Kami menahan lapar dahaga semata-mata untuk merawat ibu, bapa, anak-anak anda.
Kami menahan kencing, berak semata-mata untuk merawat ibu, bapa, anak-anak anda.

Kami tak sahur langsung..
Kami berbuka puasa jam 1pagi..
Kami tak mandi..
Kami tak jumpa anak-anak kami..
Kami tak bercuti hari raya..
'Percutian' Hari Raya kami hanya di hospital, di wad-wad..
Semata-mata untuk merawat ibu, bapa, anak-anak anda.

Bukan mahu mengungkit, tidak sama sekali! Bahkan inilah jalan yang telah kami pilih! Kami sudah tahu, andainya menjebakkan diri dalam kancah dunia perubatan, sudah tentu semua ini berlaku..
Tapi, kami tetap cekalkan hati untuk berada dalam dalam dunia ini.

Jadi, adakah kami makan gaji buta?
Apakah kamu merasa pengorbanan kami?

Kami juga manusia biasa.
Kami ada hati.
Kami ada keluarga.
Kami bukan SUPERMAN"


Comments

  1. sabar fara.. biasalah tu.. orang akan salah kan doktor.. padahal doktor bukan malaikat . moga moga dipermudahkan nanti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Una. Fara harap rakyat Malaysia semua understanding macam una. huhu :)

      Delete
  2. InsyaAllah, smooth je nanti, kerja Fara ni kerja mulia, bukan semua orang dapat buat tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear, thanks a lot. Inshaallah harap2 semua berjalan lancar

      Delete
  3. status tu memang tulus luahan hati seorang doc kan. mmg ada sesetengah orang just mementingkan hak mereka, tapi tak terfikir yang seorang doc tu pun manusia macam dia- perlu makan dan tidur. anyway, good luck, in sha Allah semuanya okey je nanti eh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm. memang tulus sangat haha. sebab abang ni suami isteri doktor, kesian sangat kurang masa bersama. thanks ye mario

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Give And Take

Tips kebah demam orang Russia

The Best Redlipsticks