"Good Clean Habits" Untuk Kekal Kemas Dan Jadi Pembersih
Let's get straight to the point, semua orang suka duduk dalam rumah / bilik yang bersih dan kemas, dan pakai pakaian yang bersih dan wangi setiap hari. Tapi tak semua orang rajin nak kekalkan momentum kebersihan. Ada yang kemas rumah seminggu sekali/ sebulan sekali/ setahun sekali. Haha. So meh nak kongsi tips dan apa yang kita patut buat untuk sentiasa berada dalam environment yang bersih dan tenang. Baru la selesa dan mudah nak study kan ;)
1. Lipat selimut right after bangun tidur
Kita mulakan dengan benda pertama yang kita buat pagi2, bila dah bangun tidur tu silakan terus lipat selimut dan betul2kan bantal dan cadar kalau senget2. Bukan saja untuk kekemasan, tapi juga kita nak bagi pengudaraan kat tempat tidur kita. Imagine kalau kita tak kemas katil tu, hawa2 busuk dan bakteria tergumpal2 sekali dengan selimut yang bergumpal. Ewww hihihi.
2. Cuci bedsheet/ pillowshet/ comforter
Okay, ni terpulang kepada kerajinan korang la, kalau macam Fara, prefer cuci dalam sebulan sekali je. Tapi just in case berlaku emergency kena cepat2 cuci okay? (perempuan punya kes hihihi) Kalau dah start berbau tu sila2 kan cuci, jangan biarkan camtu je. Sebab nanti bau tu melekat kat pakaian dan rambut kita, sangat tak best!
3. Elakkan makan kat bilik tidur
To be specific, jangan makan atas katil. Memang risiko tinggi nanti ada makanan/ air tumpah kat selimut. Nanti cik semut datang, pastu masuk dalam telinga korang, siapa nak tolong ?
4. Susun barang ikut jenis
Ni benda obvious la, maknanya kalau 1 meja tu kita khaskan untuk mekap, just letak mekap2 je kat situ. Jangan tiba2 ada koleksi jajan atau buku2 pulak kat meja tu. Bila kita susun ikut jenis item, senang kita nak cari barang tu, and senang la aktiviti harian kita. Setiap aktiviti tu ada stesen2 sendiri. Sama jugak kalau dalam bilik air, korang wajib ada bakul toiletries, jangan sepah2 kan kat penjuru2 bath tub, atau penjuru2 sinki, atas mangkuk tandas, serius semak gila kalau buat camtu. Susun barang2 mandian tu dalam satu bakul, and letak kat satu sudut je. Mudah dan kemas kan?
5. Cuci pinggan / periuk right after use
Kalau dah siap masak tu, silakan cuci terus periuk, kuali, sudip,senduk, blender yang dah pakai. Jangan delay2 nak cuci, sebab bahan masak ni memang cepat berbau, nanti kalau delay lama2, memang busuk la dapur kita, dan berkulat2 kat dalam pinggan mangkuk kita. Camne nak guna balik lepas tu, macam dah tak hygienic. Lagi satu, kalau ada tumpah2 time masak tu kena la cepat2 lap kalau taknak stain tu kekal selama2nya kat situ.
6. Lipat terus baju yang dah kering
Right after angkat baju, silakan terus lipat, or at least letak dalam satu bakul kalau rasa tak sempat nak lipat. But please jangan delay lama2, sebab nanti makin lama makin malas. Haha. And jangan sesekali longgokkan atas katil/ atas meja/ atas lantai (WTF) , just think about bacterias yang akan hinggap kat baju2 kita tu nanti k? Nah lifehacks, kalau malas lipat, just sangkut dengan hanger haha. Kalau baju2 kecik macam bra, panties, socks tu kalau malas lipat, korang invest la sikit duit untuk bakul mini untuk sumbat semua kat dalam, but still kena asing2 kan la ikut jenis item, tak susah nak cari.
7. Letak perfume untuk bilik, tandas, dan mangkuk tandas
Fara memang suka sangat bilik yang wangi, invest some money untuk wangian rumah yang korang suka, tak kisah la bentuk gel ke, hanging ke, spray ke, janji ada. Bau yang wangi boleh kasi mood positif kat kita tau. Especially lepas dah siap kemas rumah tu, terus spray wangi2 dalam bilik, memang relax sangat2.
8. Buat wholehouse cleaning every weekend
Dah jadi habit Fara, bila dapat cuti je, Fara akan kemas satu rumah, mula dari katil, bilik, dapur bilik air. Paling penting mangkuk tandas tu sila sental ya, Sebab kita jugak yang guna tandas tu, kalau tak cuci nanti memang kuning2 dalam mangkuk. Tak selesa nak guna. Hihihi. Dan jangan lupa buang sampah setiap kali basket dah penuh. Jangan tunggu berlonggok2 baru nak buang. Bau yang busuk dan bakteria je yang menanti.
I hope korang suka la baca bebelan Fara ni, especially bila kita share rumah dengan family / kawan, nak taknak kita kena kemas, sebab sama2 guna. Jangan just harapkan orang lain nak tolong kemas. Orang lain pun penat dengan tugas masing2. Jadi sama2 lah jaga kebersihan okay ;)
Comments
Post a Comment