Manusia Jatuh Cinta 3 Kali Seumur Hidup
Hey, Assalamualaikum. It's been awhile since my last update pasal my breakup tu. Lol. Today's post pun berkisarkan cinta. I nak kongsikan benda ni berdasarkan pengalaman I. Experience really is the best teacher. I read somewhere yang bertulis, manusia akan jatuh cinta 3 kali dalam hidup.
- Zaman cinta monyet yang mana kita belum bersedia dan faham apa maksud cinta, cinta yang kita define masa kita masih tak matang
- Cinta kedua adalah cinta yang kita paling betul2 sayang, tapi cinta ni yang menyakitkan kita juga. Cinta yang kita rasa ini lah pilihan yang tepat, kita bagi seluruh jiwa raga, tenaga, masa dan letak harapan yang tinggi. Tapi akhirnya tak bersama jugak
- Cinta ketiga ni datang masa kita dah mula tutup pintu hati kita untuk mencari, time kita dah betul2 rasa stabil dan selesa being alone. Tapi cinta ni selalunya yang kekal dan mungkin jodoh kita.
Kesemua cinta yang datang dalam hidup kita ni adalah sebagai pengalaman dan pengajaran. To be honest, I dah lalui ketiga-tiga fasa cinta ni. Rasa happy, bahagia sedih sakit tu semua dah dirasa. Jadi sekarang I dah jadi lebih matang dan tenang kalau ada apa2 berlaku sekalipun.
Kadang2 pernah terfikir, dengan segala kualiti (self worth) yang i ada, kenapa i still disakitkan, tak dilayan dengan baik dan sebagainya. Siang malam duk fikir apa silap dan salah diri. Sampai lah satu tahap I dah betul2 move on. Bermula dari tu I jadi faham, yang tak kisah la betapa baik dan sempurna nya kita dan cara kita layan dia tu, tapi kalau dia bukan yang terbaik untuk kita, maka dia takkan nampak kita ni sebagai yang terbaik pun.
Penawar yang terbaik adalah untuk sabar. Waktu nya akan datang, cinta yang terbaik tu akan datang tanpa kita cari pun, Inshaa Allah. I ni memang jenis yang suka dengan idea being in love, dicintai, disayangi, ada orang ambil berat pasal I, pagi2 tersenyum dengar suara dia, baca text2 dari dia. Walau apa pun halangan, pasangan yang tepat atau tak tepat, tapi I takkan putus asa dan salahkan takdir sebab I yakin Allah dah aturkan yang terbaik untuk I. Cuma kena sabar dan positif.
Rasa macam jatuh cinta lebih dari 3 kali ni.
ReplyDelete