Hilangnya Kekasih Pertama Aku, Abah
Hello everyone, it's crazy how many things change within a year. 2018, definitely the most interesting yet tough year of mine. Tahun ni I met my soulmate, and tahun ni juga I lost my dad. 23rd October 2018, arwah abah pergi, setelah beberapa bulan suffer kanser usus. Terkilan sebab Fara duduk jauh dari keluarga, so nak balik memang susah. Tapi Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan arwah pergi, time arwah tengah tidur. Syukur sebab sakit dia kat dunia ni dah berakhir. Walaupun Fara masih tak dapat terima pemergian arwah, tapi Fara cuba redha jugak terima ketentuan ni.
Wallahi, bila kehilangan ibu bapa sendiri ni, Fara rasa macam sakit2 lain, patah hati, sakit putus cinta apa semua tu sangat lah overrated. Hanya orang yang pernah alami nya saja yang tau macam mana rasa emptiness yang takkan dapat diisi oleh sesiapa yang lain. Kalau putus cinta, bila2 masa boleh cari pengganti, walaupun pada awalnya of course la sakit. And bila berpisah dalam cinta ni, orang kata adalah satu bentuk protection dari tuhan, supaya kita tak terus sakit dan sengsara dengan keep on holding pada orang yang menghargai kita. Berlainan pula bila berpisah nyawa, especially ibu bapa.
Tapi, sesungguhnya, segala jua ujian Allah ni memang diberi pada orang yang mampu menghadapi nya. Dia uji kerana Dia sayang, Dia uji kerana dia mahu memberi jalan yang lain kepada kita. I cuba untuk pandang semua ni pada sudut positif, walaupun like I said, it's really tough. I ada lagi 3 bulan sebelum grad and back to Malaysia for good. Sumpah, sakit sangat, rasa terganggu untuk fokus, rasa down, rasa macam bila2 je boleh jatuh kepada kemurungan. Tapi I cuba untuk tak bagi negative thoughts menguasai.
Sekarang, memang Fara focus pada orang2 yang betul2 menyayangi Fara. Fara cuba untuk luangkan masa sebanyak mungkin bersama mereka. Adik beradik, ibu, anak buah dan of course boyfriend tersayang. Diorang je lah sumber kekuatan Fara sekarang. Dan diorang sangat supportive. Doakan fara terus kuat untuk semua ujian dan dapat buat yang terbaik untuk exam nanti, boleh grad dan boleh jadi doctor yang berguna. :)
I feel you fara. Be strong kayh :)
ReplyDeleteTerima kasih Aisyah :)
Delete