Dinner Bersama Keluarga Si Dia di Bagan Lalang

Hi Assalamualaikum semua dan selamat petang. Dah 3 hari Fara demam ni tak sempat nak blogwalking kat blog kawan2. Inshaallah lepas dah sihat nanti Fara akan kembali menjejak anda semua. Hehe. 

Semalam, 8 Ogos 2015 Fara sekali lagi dapat peluang makan bersama dengan keluarga si dia. Tapi kali ni kami dinner kat luar pulak, di Bagan Lalang. Tak sangka plak planning ni betul2 terjadi sebab dah lama dia plan nak ajak Fara makan2 sana sebab dia minat sangat kat sotong celup tepung kat situ. Hihi.

Hehe macam biasa la selfie sokmo. Ni sementara tunggu Ikhwan datang rumah, kesian dia trapped dalam jam.

Teehee padan muka awak sape suruh taknak buat muka cute dalam gambar kan saya dah upload yang ni.


Sebahagian dari makanan kitorang malam tu


Perjalanan dari KL ke sana almost 2 jam sebab lalu jalan jauh sikit kot pasal semalam jalan yang biasa tu tutup. Sampai2 kat sana dalam pukul 8.40 malam,emak, abang , kakak dan keluarga diorang pun datang sekali. Huhu. Gugup sebenarnya tapi tak dapat nak express the feeling sangat sebabnya Fara sejak dari dalam kereta lagi dah sesak nafas and nausea. 

Sampai je kat meja hari pulak hujan, aduhai angin punya la kuat. Tergolek2 cawan kat atas meja. Tengok pulak gelagat sekumpulan Indian kat meja sebelah terjerit2 diorang kena tempias hujan. Kesian. Huhu. Dalam 15 min camtu pas hujan reda baru kitorang start makan. Nyum3. Macam2 diorang order untuk raikan Fara dan ibu Fara. Ada siakap steam, kerang bakar, sotong dan udang celup tepung, pari bakar and the most special pepahat yang Fara tak pernah makan before this. Hihi. Thanks so much pada dia dan keluarga. Inshaallah one day Fara punya turn plak belanja diorang.

Pas makan tu tak disangka2 Fara tiba2 sesak nafas  and almost pitam kat sana. Adui. Dalam sakit tu actually Fara malu gila sebab rasa macam entah apa2 je tiba2 nak pengsan kat restoran tu. Nasib baik lah diorang semua baik. Ikhwan pon tolong belikan panadol dengan minyak angin. 

Fara tak tau la kenapa pitam camtu, ada banyak hipotesis Fara nak buat tapi belum ada conclusion. Either sebab Fara dah memang demam dan selesema, ataupun sebab Fara sanggup tak makan dari pukul 10 pagi sampai 8 malam tu semata2 nak simpan perut untuk makan kat sana, ataupun Fara dah memang betul2 tak boleh kena angin laut yang kuat sangat tu. Hehe. Whatever it is I Love you so much.



Comments

  1. wah wahh, dapat makan malam bersama keluarga si dia. bestnya ! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi,best ni baru kali kedua fara makan sepanjang cuti summer ni :)

      Delete
  2. hehehe, banyak betul sebab dia boleh pitam ye..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. silakan pergi dear, fara pun baru sekali pergi sana :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips kebah demam orang Russia

Give And Take

How To Score A+ in English Without Being A Good Speaker