Kenapa Kecantikan Itu Sangat Penting

Hi semua. Selamat pagi, rasanya sejak cuti summer ni memang kerap sangat Fara update entry ;) Ya lah bosan2 duk rumah tak ada buat apa, so Fara bukak blog je lah. Haha. Okay now nak share Fara punya pendapat tentang penjagaan kecantikan dan ketrampilan diri.

No, bukan nak review any product pun. Cuma nak bagitau kenapa menjaga kecantikan dan ketrampilan tu sangat penting. Kecantikan tu tak fokus pada pemakaian alat solek yang fancy, buat mata smokey eyes, ataupun buat contouring muka, tapi menyeluruh daripada hujung rambut sampai hujung kaki.


Penampilan haruslah dijaga bermula dari rambut yang didandan rapi, pemakaian tudung yang kemas, solekan yang sesuai dengan tona kulit dan usia, pakaian yang sesuai dengan acara, kasut yang selesa, kuku dan kulit yang bersih, bau badan yang wangi dan termasuk dengan cara berjalan, bertutur dan postur badan yang betul. 

1. Memberi keselesaan dan keyakinan pada diri

Ulasan yang paling basic, beauty leads to confidence. Keyakinan diri sangat penting dalam meningkatkan produktiviti diri. Dengan penampilan yang kemas dan menarik, semburan minyak wangi yang mempesona sudah tentu kita jadi lebih yakin dan bersemangat untuk ke kelas dan bekerja.

Lagi2 kalau kawan kita puji, "wah Fara nampak lain lah hari ni", "makin cantik la sekarang", ataupun "suka tengok awak pakai macam ni". Bila orang puji camtu mesti rasa bangga je kan. Alah bukan bangga yang tak elok tu, just rasa seronok la. Macam dihargai gitu. Siapa setuju angkat tangan!

2. Memberi keselesaan pada orang yang perlu berkomunikasi dengan kita.

Yes, affectionate beauty. Siapa jua yang tidak sukakan kecantikan? Tiada siapa kan? Sepanjang hari kita akan bertemu dan berurusan dengan sekurang2nya seorang insan lain, jadi penampilan diri perlu dijaga, especially bab bau badan dan juga nafas. Sometimes memang kita jenis rajin gosok gigi, tapi gaya pemakanan buatkan nafas dan badan kita sentiasa berbau.

Tips dia kita kena selalu prepare chewing gum atau gula2 pedas(minty) dalam beg atau poket, kalau rajin boleh beli Listerine botol kecil tu dan kumur2 especially selepas makan atau rasa2 nafas dah nak berbau tu. Hihi. Kalau bab bau badan, kena la selalu rajin guna deodorant dan sembur perfume sikit, takmau kuat2 sangat nanti menyakitkan hidung pulak.

 Jadi seorang manusia ni kita kena be considerate la, kena tahu setiap apa kita buat tu kadang2 akan memberi kesan pada orang lain, kalau kita rasa taknak kemas2 wangi2 cantik2 tu tak memberi kesan pada orang lain , kita silap. 

3. Kita sebagai duta kecil negara

Especially pada perantau macam Fara, bila kita bekerja atau belajar atau melancong sekalipun kat luar negara, kita dah jadi duta bagi negara kita. Setiap gerak geri perilaku kita akan reflect seluruh insan kat negara kita. So be prepared untuk tunjukkan good side of yours coz you are now an embassador. Bila lagi nak feeling2 model duta2 produk kan. Hihi.

 Okay kalau tak percaya, cuba tengok bangla kat negara kita, since kita dah jumpa ramai bangla yang berbau so kita assume semua orang dia macam tu, padahal ada je orang dia yang hensem2 wangi2.

Sometimes being a student kita malas nak siap cantik2 kemas2, kita mindset orang yang melawa tu sebab diorang nak tarik perhatian. Tetttt! Anda salah, diorang melawa sebab diorang tahu penjagaan diri tu penting sebab boleh mencerminkan seluruh komuniti.

4.  Meyakinkan orang untuk terima kita (hubungan dan pekerjaan)

Ahaa. Believe it or not, human is still human. Suka kan kecantikan, especially kalau korang pergi interview memang dinasihatkan untuk pakai proper, pakai cantik2 kemas2 sebab first impression tu sangat penting.

Pastu kalau bab bercintan tu dah sure2 lah orang nakkan yang cantik2 sebagai pasangan, memang beauty is subjective tapi kita still kena jaga kecantikan dan penampilan kita. Takkan mindset beauty is subjective sampai kita kuar dengan pakaian merebeh, badan berbau. Takmo camtu okay.

 Sama lah juga kalau dah kawin, still kena kekalkan momentum kecantikan kita tu supaya hubungan kekal abadi. Korang kan selalu tengok dalam drama2 yang mana suami curang dengan anak dara yang lagi muda lagi cantik. Sama la jugak kadang2 si isteri pun main kayu 3 jugak. Huhhhh..Jadinya sentiasa be prepared sentiasa be the most beautiful woman la in front of our spouse. Okay????




Comments

  1. suka sangat dgn entry ni..akak x berapa cantik..tetapi bila bangun tido pg2 suami selalu kata akak cantik..dan bila make up dia xpernah kata cantik..Pelik tp benar...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Thanks kak murni sebab sudi baca. Wowww.. bestnya selalu kena puji. Hihi. Tapi fara tgk akak memang cantik la. ;) memang best kalau dikurniakan natural beauty ni. Macam fara jenis sederhana la, kalau tak mekap terus memang pucat pastu kalau mekap tebal memang langsung hilang seri. Letak mekap tipis2 je selalunya.

      Delete
    2. hihihi..dulu ms remaja memang xsuka make up..just pkai bedak baby & lip ice jer.. masa tu juga ler kenal suami..tp loni dah umur 30an try la tempek make up..rupanya husband x suka.. klau tak suka dok diam2 takpe la..ni terus cakap awak ni make up macam badut..hihihi

      Delete
    3. haha, klakar la akak ngan husband. sweet je. takpe, akak memang natural beauty gitu. muah ciked

      Delete
  2. lumrah manusia, sukakan benda atau perkara yang cantik. kita pun sebagai perempuan ni mestilah kena jaga kecantikan, especially depan someone yang kita suka. hehe :D natural beauty pun ok gak. tapi tak salah untuk kita makeup, kasi muka ada seri sikit kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi betul tu Fatin. memang kena pandai2 serlahkan beauty kan, but kena be moderate jugak tak boleh overdo :)

      Delete
  3. Betul betul. Yang pentingnya jaga.. Kulit kena bersih biarpun tak berapa flawless janji sentiasa segar,gigi kena bersih.. Nafas berbau segar, ketiak jangan bau kambing.. Inshallah org selesa dgn kita :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, betul kan una, kadang2 orang tak amik berat pasal penampilan, nanti lama2 jadi habit plak

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips kebah demam orang Russia

Give And Take

How To Score A+ in English Without Being A Good Speaker