3 Langkah Kulit Flawless dan Glowing

Assalamualaikum. Dah lama tak menulis. heee.. ok kali ni Fara nak bagi tips penjagaan kulit muka sebab Fara juga seorang yang obses pada kecantikan. Kecantikan kulit wajah bermula dari penjagaan yang rapi konsisten. Berikut langkah demi langkah ke arah kulit yang cantik dan mulus.



                1. Cuci muka
Cuci muka anda setiap kali selepas mengenakan mekap. Pilih pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Kenalpasti jenis kulit anda ; berminyak, kulit kering, kulit normal atau kombinasi. Kemudian lap dengan tisu, atau tuala bersih. Kulit muka Fara agak kering, Fara gunakan pencuci muka yang memberikan kelembapan. Sebagai contoh Bio Essence Tanaka White Double Whitening ni. 





2. Toner
Toner merupakan kunci utama kulit yang cantik. Di samping dapat membersihkan lagi kulit wajah, toner dapat menghidrasikan kulit anda dan menjadikan kulit lebih glowing. Ni produk yang Fara guna. Memang smooth.






                        3. Gunakan pelembab muka

Jangan biarkan kulit anda kusam tanpa pelembab. Walau apa jua jenis kulit anda, gunakan pelembab sebagai langkah ketiga. Pelembab muka mampu memberikan kelembapan pada kulit wajah anda dan menjadikan kulit anda lebih bersedia untuk langkah seterusnya iaitu mekap. Gunakan krim siang untuk aplikasi di waktu siang, dan krim malam sebelum tidur. Untuk krim siang dan krim malam Fara gunakan produk Olay Essential. 



Dah lengkap 3 langkah penting ni, so ready to rock your skin girls! 

Comments

  1. Fara campur-campur skincare, ok eh? Boleh Fara buat review pasal bio essence tanaka white tu? macam berminat nak cuba lah... nak hilangkan parut-parut degil kt muka ni.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fatin Liyana :) campur2 brand ek maksud Fatin? Okay je Fatin, sepanjang Fara buat mcm tu, xde lagi masalah . hihi.
      Buat review ek. tunggu fara balik malaysia and guna balik produk ni, sebab dah setahun Fara tak guna, tapi berdasarkan pengalaman sebelum ni, Fara suka toner dia ni. Apply guna cotton pad pada muka yang dah bersih, memang gradually kulit jadi soft dan cerah, ni toner terbaik Fara pernah pakai la :)
      tapi kalau pencuci muka dia, tak berapa sesuai untuk yg kulit kering la, tapi kalau kulit kering nak pakai jugak, boleh je, Fara suggest guna waktu malam je, dan jangan guna tiap2 hari :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Give And Take

Tips kebah demam orang Russia

The Best Redlipsticks