About Me




Hello! Haha. Tak tau apa motif Fara nak tulis benda ni, mungkin sebab nak penuhkan ruangan tabs kat bawah header tu kot. Takpe lah, apa salahnya kita berkenalan kan. Okay, tu pun kalau korang nak kenal la dengan Fara, kalau taknak takpe, tapi Fara nak cerita jugak. Tulis simple2 je lah okay, kalau nak tahu lebih lanjut boleh la komen di bawah ya :) 
   
Nama penuh Fara, Farrah-Hanim (dash kat tengah tu rare okay, jangan tak ingat). Fara lahir dekat rumah je, di Kemaman. Tak sempat ibu nak pergi hospital, Fara dah keluar dulu. Sorry bu. Hihihi. Abah orang Kemaman, Terengganu dan ibu orang Pekan, Pahang. Kira nya Fara ni anak jati pantai timur. (patutlah sopan kan?) Perasan. Tapi sekarang ni Fara duduk di Segambut, KL. Orang cakap muka Fara ada chinese/ japanese look sikit , ye ye je. hahaha. Kalau belah ibu ada mix arab+india , belah abah mix chinese. Jadi ada lah kot sikit2 muka cina tu, tang mata kot. hehe. 

Fara lahir 26 September 1993. Zodiak Libra. Tahun ni Fara dah 22 tahun dah, cepat je masa berlalu. Tapi orang selalu tak caye Fara 22 diorang kata nampak tua. Huhhhhh!!! Comel camni diorang cakap tua. Tak boleh blah betul. Oh ya, Fara ada 5 orang adik beradik, 4 perempuan 1 lelaki. Fara nombor 4. Kalau dalam adik beradik Fara paling jarang ada kat rumah lah, bukan sebab suka lepak kat luar, tapi sebab Fara masuk asrama dari umur 13 sampai lah sekarang, so ada kat rumah masa cuti semester je lah. Kadang2 ada jiran yang tak kenal, dia tanya Fara ni pun anak ibu abah jugak ke. Huk aloh.
 Kessokk hati ( tersinggung) Hahaha.
Actually, Fara nak buat blog ni macam secret2 je, taknak reveal siapa Fara sebenarnya, ala2 misteri sikit la. Tapi takpe, seronok jugak berkongsi tentang diri kita kan. Jadi Fara nak bagitau lah dulu Fara sekolah di SM Sains D***** (2006-2010). Huhu  Okay, lepas tu Fara sambung study kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (matriks)  kat Kuala Pilah tu. (2011/2012). Amik aliran sains kat sana. Pastu Fara dapat tawaran belajar Medic di Volgograd,Russia. (2012-2018). InshaaAllah akhir tahun 2018 ni grad lah Fara, lagi 3 tahun setengah :) Oleh sebab tu Fara boleh bertutur 3 bahasa lah, Bahasa Melayu, English dan Russian. 

Okay, kalau nak cerita pasal diri dan minat pulak, Fara ni seorang yang tak banyak bercakap dan orang tengok macam sombong sikit la. Sebab kalau tak senyum wajah Fara memang nampak bengis sangat. Takut korang melihatnya. Tapi sebenarnya bukan sombong, cuma tak friendly. Fara jenis tak suka buat ramai kawan, sebab Fara ni penakut sebenarnya. Fara takut kalau2 ada tentang diri Fara yang diorang tak suka nanti lepas dah berkawan, so sebab tu Fara elakkan untuk ada ramai kawan. Plus I hate drama. Girls kan banyak drama queen. Huhuh. Okay, lagi satu Fara ni selalu nya ada different opinion berbanding orang lain, so slalu ada disagreement la. Tapi tak de lah serius sangat kepelikan pendapat Fara tu. Cuma contoh macam diorang cakap Nora Danish cantik, Fara cakap Anzalna lagi cantik. Haa.. tentang benda2 macam tu lah.

Pastu Fara ni agak conservative sikit walaupun open minded. Fara tak de hobi macam kawan2 lain,contohnya macam pergi travel, baca novel, tengok movies, makan2 kat restoran. Fara lagi suka duduk rumah, masak, kemas rumah menyanyi kat dapur .cewah, macam good2 je pulak Fara ni. Tapi tu lah hakikatnya. Fara seorang yang soft spoken kot. hehe.  Kalau bab makan pulak Fara suka makan makanan melayu lah of course, especially lauk ayam dan ikan. Fara tak makan daging merah macam lembu, kambing, kerbau dan tak tau nak bagi alasan apa bila orang tanya kenapa tak makan daging sebab Fara memang tak suka. Fara suka makan kuih2 tradisional jugak, macam kuih lompang, kuih tepung pelita, lompat tikam, kuih lapis. Arghh takleh nak list semua sebab keyboard dah basah dengan air liur meleleh ni. Slrrppp. Artis favourite, of coz la Lana Del Rey. <3 Fara juga sorang yang kuat gelak, kalau dah gelak memang takleh stop. Sebab tu kalau dalam entri korang boleh baca banyak haha hihi huhu Fara type. Heheh.

Apa lagi ek nak cerita, takde apa dah kot. Oh ya, target nak kahwin umur 26. Masa tu buah hati Fara dah 39 tahun. Hehe. Takpe, men's life begin at 40 kan :) Surprise tak dengar, hehe. Fara memang suka yang matang2 banyak pengalaman, baru lah bahagia je rasa. Okay, takde idea dah nak cerita apa. :D  Btw, ni actually blog kedua Fara, dulu tahun 2009 Fara pernah aktif blogging, dalam 2 tahun jugak kot. But, Fara terdelete Fara punya Gmail lama, so blog tu hilang sekali dengan Gmail. Haha. 


Comments

  1. uiseyy..bestnya blh bckp 3 bhsa..jless..hihih

    ReplyDelete
  2. haha hi mimi. jangan la jelez. Fara nak suruh mimi ajar cakap Sabah boleh? :D

    ReplyDelete
  3. Laaa orang kemaman,sy orang dungun !
    Kecik dunia kak , hahahhaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yeke. dungun kat mana syg?

      Delete
    2. Bukan area bandar laaa,padang pulut :)
      Akak kemaman kat mane?
      sbb selalu dtg chukai stay kt umh my sis kt situ :D

      Delete
    3. oh Padang Pulut. Sis kat chukai tu lah .heheheh ... kakak duduk mana

      Delete
  4. wow , akak pandai 3 bahasa . ajar bahasa inggeris boleh :) hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. biasa2 je dik , hahahaha. boleh2. tapi akak tak terror sangat pun kalau speaking, tapi kalau dalam exam tu akak score A+ hahah

      Delete
  5. singgah disini yah, sambil membaca

    ReplyDelete
  6. Sama sis.sy pun org trg..apa pun good luck..

    ReplyDelete
  7. baru 1st tie ni singgah, bestnya tau bckp 3 bahasa dan yg penting character dan attitute sgt natural dan tak dibuat-buat. kipidap dungibab dik.. all the best in ur future

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sis ComelComot, cutenya baby tu!!! :) thanks sebab sokong Fara. nanti fara visit blog sis balik .. tunggu ya

      Delete
    2. thanks for visiting. btw suka baca all entry yg fara post.. keep it up girl

      Delete
    3. hihi sama2 dear ;) thanks for supporting me

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Give And Take

Tips kebah demam orang Russia

The Best Redlipsticks