Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Sunday, 24 May 2015

An Evening In Volga River

Hello semua. Buat pe tu, berkira2 nak tidur dah ek? Tunggu dulu, baca entri dulu. hihi. Nak cerita sikit apa Fara buat hujung minggu yang panas ni. Wuhoo. Kali pertama rasanya Fara nak update pasal aktiviti luar yang Fara buat. Hehe. Cuma santai petang je dengan housemate Fara. Tadi kami picnic dekat dengan Volga River. 

Pernah dengar tak? Sungai terpanjang di benua Eropah, 3692 kilometer panjangnya. Sungai ni mengalir merentasi beberapa  buah bandar ( negeri) di Russia, dari centre Russia sampai Caspian Sea. Terima kasih Google. HEHE. Seronok jugak picnic sebab panas tapi angin kuat. Suhu sekarang 31 degree celcius. Memang berpeluh2 ketiak. Tadi picnic just bawak makanan ringan dengan fruits je. Bawak pancake, oranges dan bananas je.  Tu pun lupa nak snap gambar haha. Ohh, lupa. Kitorang beli aiskrim kat kedai dekat2 situ tapi tak abeskan pon sebab cepat sangat cair nya. 

Lepas makan kitorang turun dekat dengan river bank dan celup2 kaki dalam sungai tu. Air nya memang sejuk macam air batu. Sampai ke tulang rasanya, jari2 kaki abes merah2. Actually sungai nya tak macam sungai kat tempat kita, sungai ni macam pantai, siap ada ombak dan sangat  sungai nya ada pasir pantai lagi ( mungkin pasir tu dia saje letak kot) tapi orang2 dia memang suka berjemur kat situ. Boleh nampak la pakcik2 makcik2 tua berjemur pakai spender saje. Badan abes merah2 sebab kena matahari. Okay, nak share sikit lah gambar selfie masa picnic tadi. Haha. 



  

Gambar dari tempat Fara duduk

Gambar Volga River curi dari Google (cantik kan?)
  

sandal penuh pasir pantai lepas celup kaki dalam sungai

Oh ya, kalau kawan2 nak picnic macam ni, jangan lupa pakai sunblock tau. Tapi macam Fara, Fara tak suka losyen sunblock tu sebab melekit, jadi Fara cuma pakai moisturizer dan foundation yang ada SPF kat dalam  dia. Kalau tak pakai nanti gelap la kulit wajah kawan2. Tak shomel nanti, berbelang2 muka. Ok, terima kasih bye

Saturday, 16 May 2015

Rahsia Zaman Sekolah

Hi, selamat petang semua. Korang tengah buat apa tu? Makan malam ek? Bestnya, dapat masak, hari ni kat tempat Fara satu district takde air, sampai lah tengah hari esok, 2 hari tak mandi la jawabnya. huhuhu... seksa sungguh kalau kena macam ni, haru betul tambah2 kalau tengah period kan. Okay, hari ni Fara nak berkongsi pengalaman yang Fara rasa agak peribadi untuk dikongsi, tapi seronok juga bila dapat bercerita kan, mana tahu kot2 korang pun ada pengalaman yang sama macam Fara. Emm, ceritanya adalah Fara ni berperwatakan lebih tua (matang kot) daripada usia sebenar, umur Fara tahun ni kalau bulan 9, genap lah 22 tahun. Masih muda kan? Hehe. Perasan. 

Sebenarnya dulu masa zaman sekolah Fara memang happy go lucky, sangat bising dan aktif, sehinggalah masuk form 4, Fara jadi senyap dan suka menyendiri. Mungkin masa tu sebab tengah peralihan antara zaman kanak2 dengan zaman remaja jadinya Fara lebih banyak berfikir dan memerhati. Fara dari zaman tu memang sangat2 lah merendah diri, takde keyakinan diri, pemalu sangat. Memang boleh dikatakan macam anti lelaki jugak la. Actually sampai sekarang pun still paranoid. Hua3.

Nak tau sebab apa? Sebab masa sekolah budak lelaki suka ejek2 dan bagi gelaran yang tak sedap la. Ada ke dia gelar muka Fara ni macam tok bomoh. Humm.. kalau sorang dua ejek tu takpe, ni almost satu sekolah tau benda tu. Lelaki dengan caranya, kawan2 perempuan pun sama turut gelak jugak, bukannya nak back up. Huhhh.. So, bila diorang bagi gelaran macam tu, Fara macam tertanya2 lah, hodoh sangat ke muka aku ni, sedangkan girl2 yang diorang rasa comel diorang puji lah, xde nak kutuk2. Boleh dikatakan fobia jugak la, jadi mungkin pelik jugak la sebab mungkin Fara sorang je kat dunia ni yang rasa zaman sekolah bukan zaman yang best. Tak best langsung. No turning back. 

Jadinya, start habis sekolah Fara memang langsung tak contact batchmates atau kawan2 rapat masa zaman sekolah. Kalau boleh memang tak nak ade link langsung. Entah la, rasa tak seronok je bila ingat2 kenangan2 macam gitu. Ye lah, kita kan remaja perempuan, benda2 macam ni memang buat Fara down sangat. Jadi memang sejak hari tu,  Fara langsung takde buat kawan dengan orang2 sebaya, even sekarang kalau nak pilih pasangan pun memang Fara prefer orang yang lagi berumur. Huhuhu. 


Tau lah dulu kita tak pandai bergaya,tak de nak letak mekap2 masa pergi sekolah, jadi mungkin la kurang menarik. Tapi sekarang kita dah pandai okay. Hahaha. Kita pandang diorang sebelah mata je sekarang, hua3 angkuhnya, ni kes revenge la kiranya, dulu dia ejek kita, sekarang giliran kita pulak. Okay tipu, dah tak contact macam mana nak ejek diorang balik kan. Lagipon malas la nak layan orang macam tu. :D


Okay balas dendam tu bukan main point dia, tapi nak bagitau yang bila kita dihina atau diejek, kita tak perlulah sedih2 sangat, sebab diorang tu nampak nya bukan lah kawan yang kita perlu simpan, maka nya, kena pandai2 cari kawan, dan jadikan ejekan tu sebagai suntikan semangat untuk berubah jadi lebih baik. Dan lagi satu, jaga lah percakapan kita, kadang2 kita ejek kawan2 sampai dia makan hati, kita tak tau kalau dia dendam dengan kita kan, jadi elok lah bercakap benda baik2 saja. Lagi dahsyat kalau orang yang kita ejek tu last2 jodoh dengan kita, haaa bahaya. Huhu :) Thanks semua sudi baca. 

P/S :Dendam tak elok ya kawan2, jangan contohi Fara


Thursday, 7 May 2015

Turun 2kg Dalam Seminggu?

Hello semua. Tajuk entri kali ni sebenarnya tak berapa berkaitan dengan apa yang Fara nak ceritakan. Tapi memang betul2 berlaku pada Fara sejak minggu lepas. Bukan sebab diet ke apa. Cuma biasa lah dah ujung semester ni duit scholar pun dah abes, jadi kena ikat perut la. Semua nya sebab salah sendiri yang tak reti manage kewangan, dan sikap terlalu pemurah pada orang lain. Haha. 


Al kisahnya bila dah ikat perut ni, tak de stok barang dapur pun, yang ada cuma serbuk potato untuk buat mash potato, telur dan tauhu je. Ayam , ikan , sardin memang langsung tak de. Macam2 cara kreatif la Fara cuba masak untuk survive. Pergh, gila tak, daripada seorang yang selera makan selalu ada ni, terpaksa ikat perut. Memang naya kan? huhu...



Okay antara menu2 ciptaan Fara untuk survive adalah


  • mi+air+kicap+tauhu+garam+gula
  • tepung+air+garam, goreng dengan butter sebab minyak tak beli, makan dengan gula
  • mash potato goreng yang last2 jadi leper macam kertas pasir.. hihihi... 
Tapi, thank goodness ada rezeki hari ni, abang bagi duit belanja sikit, dapat la Fara beli barang dapur sikit. Menangis hari2 woiii... Sorry my dear sebab hari2 dengar kita merungut.. huhu..

Moral yang boleh diambil , belajar lah urus kewangan sebaik mungkin, cuba lah disiplin kan diri sikit Fara oiii... Dan ingat, bila kita susah takde siapa boleh tolong kita. Sekian.


Monday, 4 May 2015

Photo Gallery

Hi, here are some of my photos captured in Volgograd, Russia in different seasons. I'm not a photogenic person, so don't expect for a good pose from me. Haha. 


 





















Sunday, 19 April 2015

Auchhh! Gigi Sensitif.

Assalamualaikum. Dah lama Fara tak update blog ni. Dah masuk tahun 3 ni memang jadual makin busy, subject pun makin tough. Doakan Fara ya kawan2! Fara nak mengadu ni, dah lama Fara alami gigi sensitif, seingat Fara dah setahun la, start awal tahun lepas. Memang ngilu sangat2 especially bila makan benda sejuk , aiskrim, minum ais dan gigit makanan yang keras2. :( Fara rasa puncanya sebab Fara sekarang kat negara yang sejuk ni. Gigi pun sampai selalu ngilu2.. 

Korang ada tips tak macam mana nak hilangkan gigi sensitif , share la dengan Fara ya? :) Cuma Fara sekarang dah tukar ubat gigi je lah, dulu selalu pakai Colgate, sekarang dah guna Sensodyne . Ada lah perubahan, tapi still sengal kadang2.. auuuuuu :(

Tuesday, 7 October 2014

About Me




Hello! Haha. Tak tau apa motif Fara nak tulis benda ni, mungkin sebab nak penuhkan ruangan tabs kat bawah header tu kot. Takpe lah, apa salahnya kita berkenalan kan. Okay, tu pun kalau korang nak kenal la dengan Fara, kalau taknak takpe, tapi Fara nak cerita jugak. Tulis simple2 je lah okay, kalau nak tahu lebih lanjut boleh la komen di bawah ya :) 
   
Nama penuh Fara, Farrah-Hanim (dash kat tengah tu rare okay, jangan tak ingat). Fara lahir dekat rumah je, di Kemaman. Tak sempat ibu nak pergi hospital, Fara dah keluar dulu. Sorry bu. Hihihi. Abah orang Kemaman, Terengganu dan ibu orang Pekan, Pahang. Kira nya Fara ni anak jati pantai timur. (patutlah sopan kan?) Perasan. Tapi sekarang ni Fara duduk di Segambut, KL. Orang cakap muka Fara ada chinese/ japanese look sikit , ye ye je. hahaha. Kalau belah ibu ada mix arab+india , belah abah mix chinese. Jadi ada lah kot sikit2 muka cina tu, tang mata kot. hehe. 

Fara lahir 26 September 1993. Zodiak Libra. Tahun ni Fara dah 22 tahun dah, cepat je masa berlalu. Tapi orang selalu tak caye Fara 22 diorang kata nampak tua. Huhhhhh!!! Comel camni diorang cakap tua. Tak boleh blah betul. Oh ya, Fara ada 5 orang adik beradik, 4 perempuan 1 lelaki. Fara nombor 4. Kalau dalam adik beradik Fara paling jarang ada kat rumah lah, bukan sebab suka lepak kat luar, tapi sebab Fara masuk asrama dari umur 13 sampai lah sekarang, so ada kat rumah masa cuti semester je lah. Kadang2 ada jiran yang tak kenal, dia tanya Fara ni pun anak ibu abah jugak ke. Huk aloh.
 Kessokk hati ( tersinggung) Hahaha.
Actually, Fara nak buat blog ni macam secret2 je, taknak reveal siapa Fara sebenarnya, ala2 misteri sikit la. Tapi takpe, seronok jugak berkongsi tentang diri kita kan. Jadi Fara nak bagitau lah dulu Fara sekolah di SM Sains D***** (2006-2010). Huhu  Okay, lepas tu Fara sambung study kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (matriks)  kat Kuala Pilah tu. (2011/2012). Amik aliran sains kat sana. Pastu Fara dapat tawaran belajar Medic di Volgograd,Russia. (2012-2018). InshaaAllah akhir tahun 2018 ni grad lah Fara, lagi 3 tahun setengah :) Oleh sebab tu Fara boleh bertutur 3 bahasa lah, Bahasa Melayu, English dan Russian. 

Okay, kalau nak cerita pasal diri dan minat pulak, Fara ni seorang yang tak banyak bercakap dan orang tengok macam sombong sikit la. Sebab kalau tak senyum wajah Fara memang nampak bengis sangat. Takut korang melihatnya. Tapi sebenarnya bukan sombong, cuma tak friendly. Fara jenis tak suka buat ramai kawan, sebab Fara ni penakut sebenarnya. Fara takut kalau2 ada tentang diri Fara yang diorang tak suka nanti lepas dah berkawan, so sebab tu Fara elakkan untuk ada ramai kawan. Plus I hate drama. Girls kan banyak drama queen. Huhuh. Okay, lagi satu Fara ni selalu nya ada different opinion berbanding orang lain, so slalu ada disagreement la. Tapi tak de lah serius sangat kepelikan pendapat Fara tu. Cuma contoh macam diorang cakap Nora Danish cantik, Fara cakap Anzalna lagi cantik. Haa.. tentang benda2 macam tu lah.

Pastu Fara ni agak conservative sikit walaupun open minded. Fara tak de hobi macam kawan2 lain,contohnya macam pergi travel, baca novel, tengok movies, makan2 kat restoran. Fara lagi suka duduk rumah, masak, kemas rumah menyanyi kat dapur .cewah, macam good2 je pulak Fara ni. Tapi tu lah hakikatnya. Fara seorang yang soft spoken kot. hehe.  Kalau bab makan pulak Fara suka makan makanan melayu lah of course, especially lauk ayam dan ikan. Fara tak makan daging merah macam lembu, kambing, kerbau dan tak tau nak bagi alasan apa bila orang tanya kenapa tak makan daging sebab Fara memang tak suka. Fara suka makan kuih2 tradisional jugak, macam kuih lompang, kuih tepung pelita, lompat tikam, kuih lapis. Arghh takleh nak list semua sebab keyboard dah basah dengan air liur meleleh ni. Slrrppp. Artis favourite, of coz la Lana Del Rey. <3 Fara juga sorang yang kuat gelak, kalau dah gelak memang takleh stop. Sebab tu kalau dalam entri korang boleh baca banyak haha hihi huhu Fara type. Heheh.

Apa lagi ek nak cerita, takde apa dah kot. Oh ya, target nak kahwin umur 26. Masa tu buah hati Fara dah 39 tahun. Hehe. Takpe, men's life begin at 40 kan :) Surprise tak dengar, hehe. Fara memang suka yang matang2 banyak pengalaman, baru lah bahagia je rasa. Okay, takde idea dah nak cerita apa. :D  Btw, ni actually blog kedua Fara, dulu tahun 2009 Fara pernah aktif blogging, dalam 2 tahun jugak kot. But, Fara terdelete Fara punya Gmail lama, so blog tu hilang sekali dengan Gmail. Haha. 


Thursday, 2 May 2013

MY NEW BLOG

Hi Assalamualaikum. this is actually my new blog since i've deleted my previous GMAIL coincidently -,-


Okay, for this new blog, Insyaallah i will update more about my life as a medic student in Russia. Hope that i can share knowledge with you all my friends and readers :) thanks, till next post. WASSALAM