Posts

Showing posts from June, 2015

Exam Mode Activated

Hello semua. So sorry, I've been very busy since last week and akan berterusan sampai 13th July ni. Final exam start on 6th July. Please doakan Fara ya. Ada 3 papers this semester, Microbiology, Hygiene and Russian language. Sorry sebab tak dapat blogwalking kat blog korang and reply comment2 korang, promise lepas dah balik Malaysia nanti Fara akan sambung blogging semula. 14th July Fara fly balik dan Inshaallah sampai Klia pada 15 July tengahari . Doakan semuanya selamat dan berjalan lancar ya. Love you all <3  

Makanan Tradisi Masyarakat Russia

Image
Hi, Assalamualaikum, selamat petang semua. Sambil Fara tunggu waktu berbuka ni, Fara nak berkongsi tentang jenis2 makanan yang terdapat di Russia. Makanan kat sini memang mostly unik dan rasa makanan tu tak seperti yang kita semua bayangkan dari rupa bentuk dia. Hehe. Okay, sebelum tu nak cerita yang orang Russia ni jenis tak makan satu makanan tu dalam kuantiti yang banyak, tapi sekali makan diorang akan makan macam2 jenis makanan. Contohnya, setiap kali makan mesti ada satu sup, satu roti, satu salad, satu kek, lebih kurang camtu la. Dan kat sini diorang tak suka makan lewat2 malam berat2 macam orang kita, restoran , kedai mamak bukak 24 hours (that's why I love Malaysia because we don't have rule haha).  Tapi satu je lah masalah orang Russia, mungkin omputeh negara lain pun sama kot, diorang kuat minum sangat. Kalau naik flight dapat seat sebelah diorang memang kalau kira lebih 5 kali diorang mintak beer dari stewardess. Minum alkohol ni tak bagus tau , sebab tu Islam pun ...

Wishlist Benda Nak Buat Bila Balik Malaysia

Image
Hi, Assalamualaikum semua. Pagi ni housemate Fara dah balik Malaysia dah, jealous much. Fara punya batch ni lain sikit sebab kitorang start semester in Winter , so cuti summer kitorang pendek. Diorang pulak summer batch, so cuti summer diorang panjang. Tapi takpe, masanya akan tiba nanti, kitorang pun akan balik, tapi kena menghitung hari lagi la, 23 hari lagi. Wuhoo. Lagi nervous sebab nak exam 3 papers final ni. Harap2 dapat skor the bomb la. Amin. Okay, nak senarai list benda nak buat masa kat Malaysia nanti. Tak interesting sangat pun, sebab Fara bukan kaki merayap.  1. Sampai2 je kat Malaysia, nak pergi bazaarRamadhan, since Fara sampai pun 2 hari sebelum raya  2. Nak beli baju raya (belum ada lagi untuk tahun ni)  3. Balik kampung kat Kemaman 4. Nak naik kereta baru abah LOL 5. Nak jumpa buah hati dan keluarga dia 6. Nak makan makanan Malaysia                      ...

Entri Merapu Penuhi Newsfeed Facebook

Image
Hi, Assalamualaikum, salam 2 Ramadhan kepada semua kawan-kawan Fara yang beragama Islam, sempat lagi Fara update blog sementara tunggu nak sahur. Hihi. Topik hari ni rasanya takde lah benda baru pun, cuma recently macam menjadi2 pulak semenjak Fara rajin scroll Facebook. Okay,Fara bukan jenis yang suka follow mana2 page sesuka hati, sebab memang buat semak dekat newsfeed. (sama lah kalau dengan blog, Fara tak berapa berkenan dengan sesetengah segmen yang suruh kita follow macam2 blog dan page, maaf ya) Sorry bahasa agak kasar. Sambung  balik kisah Facebook, kadang2 kalau kita nak bukak satu post yang di share tu terpaksa pulak kena like macam2 page kan? Selalunya Fara akan check kat senarai page yang Fara like pastu unlike balik semua. Haha.  Okay, main point yang Fara nak sampaikan adalah sesetengah page yang kita like yang suka share entry2 yang tak berapa sesuai untuk tontonan umum. Okay, benda ni berlaku kat Fara, Fara minat sangat2 dengan Aaisyah Dhia Rana, anak R...

Puasa 19 Jam Sehari

Hi, Assalamualaikum semua, tak sangka besok dah masuk 1 Ramadhan kan. Korang ada buat apa2 persediaan tak nak menghadapi bulan puasa ni, macam Fara tadi dah buat persediaan dari segi makanan lah. Hehe. Dasar kuat makan. Di samping tu, nak try ubah diri jadi lebih baik, Inshaallah mana tau boleh kekal jadi hamba yang taat.  Nak cita sikit lah apa beza puasa kat sini dengan kat tanah air. Okay, sini yang paling obvious adalah duration puasa almost 19 jam. Huhuhu. Ni ha table waktu solat kat sini, korang leh tengok sini Subuh pukul 1.33 pagi dan maghrib pukul 8.07 malam. Dalam 18 jam setengah lah puasa. Kalau kat Malaysia lebih kurang 14 jam je puasa. Lagi mencabar lah kot, tapi takpa, apa guna lemak2 yang tersimpan tu kalau setakat puasa 19 jam pon takleh handle. Teehee. Malas tulis panjang2, selamat berpuasa semua kawan2, semoga amal kita diterima oleh Nya :-) ***sorry table bawah tak center, takleh adjust dah try. Prayer Schedule June / 2015 Date Day Fajr Sunrise D...

How To Score A+ in English Without Being A Good Speaker

Image
Hello. Hehe. Tajuk entry macam acah2 nak tulis English je kan. Dah abes sekolah ni memang grammar semua dah ke laut. Ye lah, sebab kurang praktis kan? Okay, tiba2 dapat ilham nak buat entry pasal ni sebab ada sorang adik ni komen kat entry Fara suruh ajar dia Bahasa Inggeris. First of all, Fara nak buat pengakuan yang Fara bukan seorang good speaker kalau nak berbahasa Inggeris, mesti fikir 2 3 saat baru boleh buat ayat. Fara percaya ramai yang sama macam Fara kan? ****High five sikit. Actually kita bukannya tak pandai, cuma tak yakin je. Dalam hati ni duk fikir mesti malu kalau tersalah cakap kan? Terutamanya orang2 belah pantai timur macam Fara ni, penggunaan bahasa Inggeris agak kurang, ya lah, balik umah duk kecek kelate or cakak ganu je. Pastu dari kecik, mak ayah kita takde pon cakap bahasa inggeris dengan kita kan. Hihi. Kalau tak setuju jangan marah ya, Fara cuma cakap pasal diri Fara je ni. Okay, nak bukak story zaman sekolah sikit lah. Hehe. Fara boleh dikatakan aga...

Fara Nak Take A Break

Image
Hello, hi kawan2 semua. Fara baru je balik dari picnic kat tepi sungai, sambut birthday classmate Fara. Penat betul nak jalan kaki sampai sana. Malam ni nak rehat je. Mungkin tidur awal. Huhu. Penat bercampur sayu lah pulak malam ni, mengapakah. Tapi biasa lah manusia selalu ada turun naik dalam hidup kan. Kadang2 happy, kadang2 sedih. Emm. Ni mungkin entry terakhir Fara before balik Malaysia, 14 July ni. Korang doakan Fara selamat sampai Malaysia ya. Dan segmen yang Fara buat tu still berjalan dan Fara akan selalu check emel untuk tengok siapa yang join, cuma Fara mungkin tak update entry baru. Nak fokus pada exam yang dah dekat ni. Doakan Fara cemerlang dalam exam ni ya. Terima kasih semua. I love you all. Fara rasa happy semula sejak aktif berblog ni, sebelum ni rasa sunyi semacam je, rasa macam kesunyian, macam kera sumbang pun ada. Huhu. Memang Fara spesis pelik, Fara lebih suka ada kawan alam maya berbanding depan mata. Emm. Malas nak taip banyak2, nak tidur dah ni. I love yo...

TAMAT! Segmen Blog Black Queen (UPDATED)

Image
Hi semua. Selamat petang. Okay, entry kali ni bukan seperti entry2 biasa yang Fara tulis sebelum ni. Entri kali ni nak ajak korang join segmen Fara buat kali pertamanya Fara buat seumur hidup. Haha. Memandangkan Fara akan balik Malaysia pada 14 July ni (lagi 33 hari dari tarikh hari ni 11 Jun. Kiranya segmen balik kampung la ni. Tujuan buat segmen adalah nak eratkan hubungan dengan Bloggers sekalian. Bukan nak tingkatkan bilangan follower, sebab Fara tak anggap follower sebagai follower but sebagai kawan, so Fara prefer kenal kawan2 Fara, jadi sebab tu kena buat entry pasal diri korang. Fara akan go through semua penyertaan dan pilih berdasarkan entry yang paling best.  Syarat-syarat penyertaan Terbuka kepada semua Malaysian Bloggers, lelaki dan perempuan Buat entry bertajuk "1st Segment by Black Queen" Dalam entry ni kawan2 kena describe tentang diri korang dalam satu perkataan , dan huraikan sekreatif mungkin , pendek2 pon takpe :) Link kan entry F...

From UPSR to Doctor Of Medicine

Image
Volgograd State Medical University Hello, Assalamualaikum kawan2. Harap2 korang semua sihat lah ek. Kalau tak sihat jangan lupa makan ubat. Fara pun tak berapa sihat sekarang, cuaca panas terik tak larat nak menahan, tambah lagi seminggu nak puasa harap2 semuanya berjalan lancar lah. Okay, kalau dari tajuk entri tu macam serius je entry Fara kan. Hehe. Sebenarnya ada beberapa blogger yang request untuk Fara ceritakan perjalanan study Fara, macam mana boleh tercampak kat bumi Russia ni. Ada yang cakap macam rare je pergi Russia, selalu orang study UK, Aussie tapi Fara ni ke Russia pulak, dah kenapa? Haha. Okay, entry ni bakal menjawab segala misteri2 yang menyelubungi fikiran anda. Gitewww.  To be honest, I don't think I'm a genius girl pon, cerdik sikit2 tu ada lah. Hehe perasan. Okay, dulu sekolah rendah kat kampung je, tapi memang agak aktif jugak lah masa sekolah, selalu dapat no 1 lam kelas, and jadi tokoh pelajar dan ketua pengawas masa darjah 6. Alhamdulillah, U...

Tragedi Buah Epal

Image
Hi kawan2, selamat petang dari bumi Soviet ni. Fara nak cerita sikit lah kejadian yang menimpa Fara tadi semasa Fara tengah membeli tomato and capsicum kat supermarket sebab nak masak nasi ayam. Alkisahnya, masa Fara tengah belek2 harga sayur tu, tiba2 pakcik kat sebelah yang tengah pilih buah epal tu tergolekkan sebiji epal, epal tu jatuh kat lantai betul2 dekat dengan Fara. So, Fara cuba la nak bantu dia kutip buah tu, tapi pada masa yang sama kat tangan Fara ada cermin mata Fara. Masa nak kutip buah tu, tiba2 spec tu macam nak terlucut pulak dari tangan Fara, so buah epal yang Fara dah berjaya kutip tu Fara terbaling semula ke lantai. Aduiiiiii!! Malunya. (Sambil taip sambil tergelak teringat pasal ni) Dah la agak ramai orang masa tu. Pakcik tu terus gosok2 lengan Fara dia cakap takpe2 sebab Fara cakap sorry kat dia. Memang malu betul masa tu, siap Fara tutup muka lagi dengan dua2 tangan. Hehehe. Apalah Fara ni kan. Kutip epal pun boleh terlepas. Pastu pakcik2 kat situ semua gel...

Kita Masih Beruntung

Image
Hi, selamat petang dan salam hujung minggu semua. Fara percaya setiap orang mesti pernah mengalami fasa hidup yang mana kita rasa diri kita paling malang. Fasa di mana kita seolah-olah menyalahkan takdir dan ketentuan dari Dia. Kita suka buat perbandingan diri kita dengan orang2 terdekat yang kita nampak macam lagi best hidup dia dari kita. Kadang-kadang kita akan pencilkan diri kita sorang2 sebab rasa diri kita ni tak setanding orang lain, dan kita rasa kita punya masalah lah yang paling besar dalam dunia ni. Okay, perasaan tu memang normal dalam hati semua manusia, ya lah kita manusia, kadang2 kita kuat dan sering saja kita lemah. Lagi2 bila diuji dengan masalah yang kita tak dapat selesaikan dengan cara yang mudah, mulalah kita nak menyalahkan nasib.  There's no such thing like 'nasib malang' atau 'nasib baik' . Semua berlaku dengan reason tersendiri yang mana cepat atau lambat je kita sedar impak dia. Itu saja bezanya. Jadi caranya untuk kita ubah sik...