Don't Have To Hide
Pernahkah anda merasa diri begitu kerdil,
Tidak mampu bersaing dengan insan lain yang lebih gah,
Pernahkah anda berasa malu menjadi diri sendiri,
Bersembunyi di sebalik tembok besar,
Enggan menunjukkan dirimu yang sebenar kepada dunia,
Kerana takut akan dihukum oleh orang lain.
Pernahkah kamu mahukan sesuatu,
Tetapi terpaksa mendiamkan kehendakmu,
Kerana keyakinanmu terhadap diri sendiri tidak utuh.
Seringkali berasa kerdil tatkala berdiri di samping yang lain,
Berasa dunia ini janggal buat dirimu.
Ketahuilah, setiap cela yang ada pada dirimu,
Bukanlah untuk melemahkan mu,
Malah menjadi satu keistimewaan buatmu,
Mengapa perlu bersembunyi lagi,Keluarlah dan serlahkan dirimu yang sebenar.
You don't have to hide no more.
Listen to my husband's song Don't Have to Hide
Produced by my husband Redromusic, sang by a Filipino singer, Teloupe and written by Ellysia.
Comments
Post a Comment