3 TAHUN TELAH BERLALU
Bismillahirrahmanirrahim.
Rasanya sudah lama betul tak menulis hati ke hati di blog ni. Pelbagai pengalaman pahit dan manis yang dilakarkan sejak Farrah tamat study di Russia pada Februari 2019. Terlalu banyak yang terpendam dan tak terluah pada orang lain. Bermula dengan episod patah hati yang menyakitkan pada tahun 2019. Mungkin pada waktu itu diri ini terlalu naif dengan dunia dan terlalu mudah mempercayai kata manis orang. Tak terhingga sakitnya apabila harapan itu disia2 kan bagaikan hati kita ni tak bernilai langsung.
Paling mengecewakan adalah masa dan usaha yang telah dirugikan oleh insan yang tak berhati perut. Namun tidak mengapa kerana Farrah telah bangkit dari kekecewaan itu dan berjaya membuka hati kembali untuk menerima insan lain, dan Alhamdulillah insan istimewa itu telah pun menjadi suami Farrah hampir satu tahun. And I have never been so happy and in love than I am right now. :)
Dalam masa yang sama Farrah juga Alhamdulillah berjaya menamatkan housemanship Farrah selama dua tahun dan kini bertugas sebagai Medical Officer di sebuah Hospital Kerajaan. Man it was a very tough journey to take. Especially pada masa awal kerjaya, masa tu baru nak sesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang sangat mencabar. Tambah pula dengan kematian ibu Farrah semasa Farrah di posting ketiga Housemanship. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa murung nya Farrah.
Farrah terlalu rapat dengan ibu, dialah tempat Farrah meluahkan perasaan apabila sedih dan stress dengan kerja. Dia sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk Farrah kuatkan semangat dan tidak berputus asa. Bayangkan kehilangan support system yang merupakan insan yang anda paling sayang di dunia. Sungguh dunia ini terasa sangat berat. Dan kaki kian berat melangkah. Namun Farrah gagahkan jua kerana Farrah pasti Arwah ibu dan Abah Farrah mengharapkan Farrah berjaya dunia dan akhirat.
Kini 3 tahun telah berlalu daripada kejadian sedih itu. Jiwa ini pun terasa semakin kuat dan semakin boleh menerima ketentuanNya. Anyhow, terasa janggal menulis di sini, kerana to be honest I have matured so much since the last time I was active di Blogger. I feel like penulisan pun dah lain. Lol. Apa2 pun, if ada yang still remember me and sudi baca blog ni silakan komen. I would like to share more on my healing journey, housemanship journey, career, marriage etc. Please do comment and give suggestions on what I should write next. Thank you guys ;)
Comments
Post a Comment