Kenapa Saya Resign Hospital Kerajaan? Part 1

Hi Assalamualaikum, nampak tajuk Clickbait tu! Haha. So, sesiapa yang kenal Farrah tau yang Farrah dah quit government since January 2023, after bekerja lebih kurang 3 tahun di Hospital kerajaan. Post ni bukan lah untuk menghentam mana-mana pihak, cuma lebih kepada pengalaman peribadi sahaja. Jika ada di antara anda yang ada hasrat nak berhenti kerja kerajaan, sila kan lah baca blog Farrah ni ya. 

So untuk permulaan Farrah nak cerita overall macam mana sebenarnya realiti kerja sebagai doktor (kontrak) di Hospital kerajaan. So selepas Farrah tamat belajar di Volgograd, Russia pada Februari 2019 dulu, Farrah tunggu lebih kurang 8 bulan juga la sebelum dapat tawaran E-Ho. Sementara menganggur tu Farrah cuba buat kerja sambilan dulu untuk tampung duit makan, ada a few kerja yang Farrah buat yang mostly retail job, butik and kiosk. Boleh la dapat gaji RM1500-1800 sebulan. 

So masa houseman dulu Farrah dapat penempatan di Hospital Am*ang, Selangor. Start houseman pada November 2019. To be honest transition daripada alam belajar kepada alam pekerjaan sangat lah brutal. Especially bila kita masuk dalam bidang professional yang melibatkan nyawa manusia. Jadual kerja sangat penuh, sebelum start satu2 posting, kita kena habiskan tagging period 14days - 1 month period. Sewaktu tagging ni memang hari2 kena kerja 7am-10pm. Cuti cuma satu hari satu minggu. 10pm tu cuma by the book je lah, selagi kerja tak siap, kena stayback sampai siap usually until midnight. 

So masa tu masih bujang, duduk bilik sewa pun 5mins walking distance dari hospital. So biasanya hari off day pun Farrah akan datang siapkan kerja, macam discharge summary etc. Tapi Farrah selalunya prefer balik kerja dulu after shift, tidur, then bangun balik dalam 12midnight and siapkan kerja pending tu sampai la 2-3 pagi. Time tu memang takde manusia sangat kat hospital tu. So sangat tenang nak buat kerja. 

Kalau nak jujur tu kan, Farrah ni seorang yang suka bekerja, suka je busy2 schedule adrenaline rush. Tapi one thing I notice about myself is I am too emotional for this job. Okay korang bayangkan, I ni someone yang after kerja akan balik rumah menangis teringat pasal patient. The worst masa I dekat surgery department. Mostly pesakit kat sana tua2, pakcik makcik ada cancer, pakai stoma bag semua. I tak boleh tahan tengok benda tu everyday. I balik confirm nangis teringat pakcik tu mengadu sakit. Sampai berminggu2 Farrah akan teringat moment2 tu. Somehow ia sangat mengganggu lah. Haha dasar hati tisu.

Selain dari itu, antara faktor lain menyumbang kepada resign adalah sebab masa 3rd posting, surgical juga, I have lost my mom. Masa tu baru je dapat offtag, esoknya dapat panggilan dari kampung cakap ibu meninggal. Sedangkan malam sebelum tu memang I ingat, I sempat berbual dengan ibu borak lama sangat, cerita pasal patient, pasal kerja. Ibu ni actually my BFF la. Kami sangat rapat. So pemergian ibu yang mengejut tu memang totally shocking for me. I seolah2 numb, kejung otak terus. Memang daripada September 2019 tu I macam hilang pedoman, langsung tak fokus apa I buat. Sampai effect juga performance kerja I. 

So sepanjang 2 tahun HO di Ampang, I boleh kata, I seronok je kerja kat sana. Walaupun I memang ada masalah nak keep friendship sebab trust issue teruk dekat orang. Also, I jenis malas nak mingle lepak2 after work, most times I devoted dekat my partner and family je. I tak berapa minat nak join lepak2 gosip2, even waktu makan di ward, I will plug my earphone, makan and keluar dari pantry. Tapi ni mostly masa I tengah sedih after ibu meninggal. I memang avoid conversation dengan orang. Hahah. 

I am not someone yang suka fokus pada benda negative, eventhough ada macam2 bentuk bully dan harassment I hadap masa di Am*ang, tapi since it doesn't kill me, so I malas nak patah balik  dan cerita pasal tu. If you buat salah dekat I, either apologize to me atau I just let Allah tunjukkan jalan yang benar buat you. Disebabkan attitude I yang memang suka buat don't know ni sometimes pembuli pun give up and dia end up jadi baik dengan I sebab orang cakap apa pun I sengih aje.. Tapi I ikhlas ke tak tu, I dengan Allah je tahu. Hahaha. 

Pendekkan cerita, Farrah berjaya juga la habiskan housemanship di Ampang tu. Kemudian dapat penempatan sebagai Medical Officer di Hospital HSNZ Kuala Terengganu. So apa yang terjadi masa n new placement tu Farrah cerita pada next entry Part 2 ya. Stay tuned! 


Comments

Popular posts from this blog

Give And Take

Tips kebah demam orang Russia

The Best Redlipsticks