Monday, 31 July 2023

Kenapa Saya Resign Hospital Kerajaan? Part 1

Hi Assalamualaikum, nampak tajuk Clickbait tu! Haha. So, sesiapa yang kenal Farrah tau yang Farrah dah quit government since January 2023, after bekerja lebih kurang 3 tahun di Hospital kerajaan. Post ni bukan lah untuk menghentam mana-mana pihak, cuma lebih kepada pengalaman peribadi sahaja. Jika ada di antara anda yang ada hasrat nak berhenti kerja kerajaan, sila kan lah baca blog Farrah ni ya. 

So untuk permulaan Farrah nak cerita overall macam mana sebenarnya realiti kerja sebagai doktor (kontrak) di Hospital kerajaan. So selepas Farrah tamat belajar di Volgograd, Russia pada Februari 2019 dulu, Farrah tunggu lebih kurang 8 bulan juga la sebelum dapat tawaran E-Ho. Sementara menganggur tu Farrah cuba buat kerja sambilan dulu untuk tampung duit makan, ada a few kerja yang Farrah buat yang mostly retail job, butik and kiosk. Boleh la dapat gaji RM1500-1800 sebulan. 

So masa houseman dulu Farrah dapat penempatan di Hospital Am*ang, Selangor. Start houseman pada November 2019. To be honest transition daripada alam belajar kepada alam pekerjaan sangat lah brutal. Especially bila kita masuk dalam bidang professional yang melibatkan nyawa manusia. Jadual kerja sangat penuh, sebelum start satu2 posting, kita kena habiskan tagging period 14days - 1 month period. Sewaktu tagging ni memang hari2 kena kerja 7am-10pm. Cuti cuma satu hari satu minggu. 10pm tu cuma by the book je lah, selagi kerja tak siap, kena stayback sampai siap usually until midnight. 

So masa tu masih bujang, duduk bilik sewa pun 5mins walking distance dari hospital. So biasanya hari off day pun Farrah akan datang siapkan kerja, macam discharge summary etc. Tapi Farrah selalunya prefer balik kerja dulu after shift, tidur, then bangun balik dalam 12midnight and siapkan kerja pending tu sampai la 2-3 pagi. Time tu memang takde manusia sangat kat hospital tu. So sangat tenang nak buat kerja. 

Kalau nak jujur tu kan, Farrah ni seorang yang suka bekerja, suka je busy2 schedule adrenaline rush. Tapi one thing I notice about myself is I am too emotional for this job. Okay korang bayangkan, I ni someone yang after kerja akan balik rumah menangis teringat pasal patient. The worst masa I dekat surgery department. Mostly pesakit kat sana tua2, pakcik makcik ada cancer, pakai stoma bag semua. I tak boleh tahan tengok benda tu everyday. I balik confirm nangis teringat pakcik tu mengadu sakit. Sampai berminggu2 Farrah akan teringat moment2 tu. Somehow ia sangat mengganggu lah. Haha dasar hati tisu.

Selain dari itu, antara faktor lain menyumbang kepada resign adalah sebab masa 3rd posting, surgical juga, I have lost my mom. Masa tu baru je dapat offtag, esoknya dapat panggilan dari kampung cakap ibu meninggal. Sedangkan malam sebelum tu memang I ingat, I sempat berbual dengan ibu borak lama sangat, cerita pasal patient, pasal kerja. Ibu ni actually my BFF la. Kami sangat rapat. So pemergian ibu yang mengejut tu memang totally shocking for me. I seolah2 numb, kejung otak terus. Memang daripada September 2019 tu I macam hilang pedoman, langsung tak fokus apa I buat. Sampai effect juga performance kerja I. 

So sepanjang 2 tahun HO di Ampang, I boleh kata, I seronok je kerja kat sana. Walaupun I memang ada masalah nak keep friendship sebab trust issue teruk dekat orang. Also, I jenis malas nak mingle lepak2 after work, most times I devoted dekat my partner and family je. I tak berapa minat nak join lepak2 gosip2, even waktu makan di ward, I will plug my earphone, makan and keluar dari pantry. Tapi ni mostly masa I tengah sedih after ibu meninggal. I memang avoid conversation dengan orang. Hahah. 

I am not someone yang suka fokus pada benda negative, eventhough ada macam2 bentuk bully dan harassment I hadap masa di Am*ang, tapi since it doesn't kill me, so I malas nak patah balik  dan cerita pasal tu. If you buat salah dekat I, either apologize to me atau I just let Allah tunjukkan jalan yang benar buat you. Disebabkan attitude I yang memang suka buat don't know ni sometimes pembuli pun give up and dia end up jadi baik dengan I sebab orang cakap apa pun I sengih aje.. Tapi I ikhlas ke tak tu, I dengan Allah je tahu. Hahaha. 

Pendekkan cerita, Farrah berjaya juga la habiskan housemanship di Ampang tu. Kemudian dapat penempatan sebagai Medical Officer di Hospital HSNZ Kuala Terengganu. So apa yang terjadi masa n new placement tu Farrah cerita pada next entry Part 2 ya. Stay tuned! 


Friday, 7 October 2022

3 TAHUN TELAH BERLALU

 Bismillahirrahmanirrahim. 

Rasanya sudah lama betul tak menulis hati ke hati di blog ni.  Pelbagai pengalaman pahit dan manis yang dilakarkan sejak Farrah tamat study di Russia pada Februari 2019. Terlalu banyak yang terpendam dan tak terluah pada orang lain. Bermula dengan episod patah hati yang menyakitkan pada tahun 2019. Mungkin pada waktu itu diri ini terlalu naif dengan dunia dan terlalu mudah mempercayai kata manis orang. Tak terhingga sakitnya apabila harapan itu disia2 kan bagaikan hati kita ni tak bernilai langsung. 

Paling mengecewakan adalah masa dan usaha yang telah dirugikan oleh insan yang tak berhati perut. Namun tidak mengapa kerana Farrah telah bangkit dari kekecewaan itu dan berjaya membuka hati kembali untuk menerima insan lain, dan Alhamdulillah insan istimewa itu telah pun menjadi suami Farrah hampir satu tahun. And I have never been so happy and in love than I am right now. :) 

Dalam masa yang sama Farrah juga Alhamdulillah berjaya menamatkan housemanship Farrah selama dua tahun dan kini bertugas sebagai Medical Officer di sebuah Hospital Kerajaan. Man it was a very tough journey to take. Especially pada masa awal kerjaya, masa tu baru nak sesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang sangat mencabar. Tambah pula dengan kematian ibu Farrah semasa Farrah di posting ketiga Housemanship. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa murung nya Farrah.

Farrah terlalu rapat dengan ibu, dialah tempat Farrah meluahkan perasaan apabila sedih dan stress dengan kerja. Dia sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk Farrah kuatkan semangat dan tidak berputus asa. Bayangkan kehilangan support system yang merupakan insan yang anda paling sayang di dunia. Sungguh dunia ini terasa sangat berat. Dan kaki kian berat melangkah. Namun Farrah gagahkan jua kerana Farrah pasti Arwah ibu dan Abah Farrah mengharapkan Farrah berjaya dunia dan akhirat. 

Kini 3 tahun telah berlalu daripada kejadian sedih itu. Jiwa ini pun terasa semakin kuat dan semakin boleh menerima ketentuanNya. Anyhow, terasa janggal menulis di sini, kerana to be honest I have matured so much since the last time I was active di Blogger. I feel like penulisan pun dah lain. Lol. Apa2 pun, if ada yang still remember me and sudi baca blog ni silakan komen. I would like to share more on my healing journey, housemanship journey, career, marriage etc. Please do comment and give suggestions on what I should write next. Thank you guys ;) 








Friday, 9 September 2022

Don't Have To Hide

Pernahkah anda merasa diri begitu kerdil,
Tidak mampu bersaing dengan insan lain yang lebih gah,
Pernahkah anda berasa malu menjadi diri sendiri,
Bersembunyi di sebalik tembok besar,
Enggan menunjukkan dirimu yang sebenar kepada dunia,
Kerana takut akan dihukum oleh orang lain.

Pernahkah kamu mahukan sesuatu,
Tetapi terpaksa mendiamkan kehendakmu,
Kerana keyakinanmu terhadap diri sendiri tidak utuh.
Seringkali berasa kerdil tatkala berdiri di samping yang lain,
Berasa dunia ini janggal buat dirimu. 

Ketahuilah, setiap cela yang ada pada dirimu,
Bukanlah untuk melemahkan mu,
Malah menjadi satu keistimewaan buatmu,
Mengapa perlu bersembunyi lagi,
Keluarlah dan serlahkan dirimu yang sebenar.
You don't have to hide no more.

Listen to my husband's song Don't Have to Hide 
Produced by my husband Redromusic, sang by a Filipino singer, Teloupe and written by Ellysia.