Posts

Showing posts from October, 2022

3 TAHUN TELAH BERLALU

 Bismillahirrahmanirrahim.  Rasanya sudah lama betul tak menulis hati ke hati di blog ni.  Pelbagai pengalaman pahit dan manis yang dilakarkan sejak Farrah tamat study di Russia pada Februari 2019. Terlalu banyak yang terpendam dan tak terluah pada orang lain. Bermula dengan episod patah hati yang menyakitkan pada tahun 2019. Mungkin pada waktu itu diri ini terlalu naif dengan dunia dan terlalu mudah mempercayai kata manis orang. Tak terhingga sakitnya apabila harapan itu disia2 kan bagaikan hati kita ni tak bernilai langsung.  Paling mengecewakan adalah masa dan usaha yang telah dirugikan oleh insan yang tak berhati perut. Namun tidak mengapa kerana Farrah telah bangkit dari kekecewaan itu dan berjaya membuka hati kembali untuk menerima insan lain, dan Alhamdulillah insan istimewa itu telah pun menjadi suami Farrah hampir satu tahun. And I have never been so happy and in love than I am right now. :)  Dalam masa yang sama Farrah juga Alhamdulillah berjaya menamatkan housemanship Farrah